Jentera Kustom, Hot Wheels Dan Hujan Menghangatkan Art Of Speed 2019!

Edisi kelapan Art of Speed (AOS) kembali hujung bulan ini dengan pelbagai pameran kereta dan motosikal kustom oleh tenaga tempatan!

Seperti edisi sebelum ini, AOS 2019 turut akan menampilkan galeri seni, aktiviti interaktif dan cabutan bertuah yang menanti pengujung yang hadir.

Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) sekali lagi diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah AOS tahun ini yang dijangka bakal menerima kunjungan lebih 40,000 pengunjung dalam tempoh dua hari – 27 hingga 28 Julai 2019!

Selain daripada jentera kustom hasil tangan anak tempatan, AOS kali ini turut meneruskan tradisi dengan memaparkan beberapa motosikal CQQL dan kereta daripada Jepun antaranya:

Heiwa Motorcycle (Jepun)
Motosikal: BMW R9T Custom

Moon of Japan
Kereta: 1961 Ford Falcon Sedan Delivery ‘Pantastic’

Hot Dock Custom Cycles
Motosikal: 1948 FL Harley-Davidson Custom ‘Stg Nautilus’

Bukan itu sahaja, peminat Hot Wheels juga akan disajikan dengan kehadiran Steve Vandervate, Ketua Pereka Global Hot Wheels (segmen Premium dan Pengumpul) yang diterbangkan khas daripada Amerika Syarikat!

Sumber: HobbyDB.com

Pengunjung yang hadir – terutamanya peminat Hot Wheels turut diberi peluang untuk menyaksikan Vandervate memperkenalkan siri Japan Historics 3, yang akan dilancarkan tahun depan dengan tema ‘Legendary Japanese Cars’.

Pengeluar minuman tempatan, Hausboom, turut menjalinkan kerjasama dengan Hot Wheels bagi menghasilkan sebuah kereta New Beetle Gen 1 (1:1) yang akan diberikan kepada pelanggang Hausboom yang bertuah! Beetle tersebut dihasilkan dengan bantuan 405 Industries!

Keshy Dhillon – pertama dari kiri

Pada masa sama, pengunjung turut akan menerima layanan daripada Keshy Dhillon dari Bikesrepublic.com yang akan menjadi hos Kustom dan Koffee Talk di Hall A pada jam 3 petang termasuk beberapa panelis antarabangsa antaranya, Oliver Jones Grayson (The Cutrate) dan Matt Everingham (The Speedhunters) bagi membincangkan trend terkini dunia dua dan empat roda.

Sementara itu pengunjung turut berpeluang membawa pulang sebuah Mini Cooper yang menggunakan enjin Suzuki Hayabusa menerusi cabutan bertuah!

Dapatkan tiket AOS 2019 dengan harga RM20 (tanpa konsert Sound Circus) sementara tiket Speed Lane berharga Rm50 membolehkan pengunjung hadir untuk kedua-dua hari tersebut termasuk menyaksikan konsert epik Sound Circus yang membariskan beberapa artis terkenal antaranya Hujan, Bittersweet, Masdo, Gerhana Ska Cinta, Kapow dan ramai lagi!

Untuk maklumat lanjut, layari www.artofspeedmy.com atau www.facebook.com/ArtOfSpeedMY

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply