Laguna Seca Jadi Saksi Pelancaran Yamaha R1 Dan R1M Tahun 2020!

Yamaha melancarkan Yamaha R1 dan R1M 2020 dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di Laguna Seca, California.

Yamaha R1 kini tampil dengan reka bentuk ‘fairing’ yang ditambahbaik bagi meningkatkan aerodinamik, pakej elektronik yang telah dikemas kini dan enjin yang telah diperhalusi.

Pengeluar motosikal Jepun itu mendakwa rekaan ‘fairing’ R1 – R1M didatangkan dengan ‘fairing’ gentian karbon – mendapat inspirasi daripada jentera MotoGP yang ditunggang Valentino Rossi dan Maverick Vinales.

Bahagian ‘fairing’ kini bercantum dengan tangki yang difahamkan dapat meningkatkan kadar efisien aerodinmaik sehingga 5.3 peratus.

Menurut Yamaha lagi, bahagian tempat duduk penunggang juga kini lagi selesa sekaligus sesuai untuk apa jua jenis penunggang.

R1 dan R1M turut didatangkan dengan LED serba baharu sekaligus menampakkan rupa yang lebih agresif.

Sementara itu, model R1 dan R1M turut dilengkapi dengan tangki aluminium serta rim aluminium – magnesium bagi R1M – sekaligus memastikan kedua-dua jentera tampil lebih ringan.

Meskipun kedua-duanya mengekalkan enjin 998cc empat in-line crossplane yang kini patuh Euro 5 namun Yamaha telah melengkapkan sistem suntikan bahan api Bosch baharu dengan rekaan 10 lubang bagi memastikan minyak disembur dengan lebih luas sekaligus menjaminkan pembakaran yang lebih efisien.

Kedua-dua model mengekalkan kuasa 195hp namun sistem ‘ride-by-wire’ yang dikemas kini memastikan penunggang dapat mengakses prestasi yang lebih tinggi dengan lebih mudah.

Yamaha R1 didatangkan dengan ‘inverted fork’ Kayaba 43mm sementara R1M dilengkapi dengan penyerap hentakan premium Ohlins.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.