Jeremias Israel Menghangatkan Rimba Raid 2019 Di Janda Baik!

Sebagai penghargaan terhadap sokongan yang diberikan pada GIVI Rimba Raid 2018, edisi 2019 kembali dan diperhebatkan dengan halangan dan laluan lebih mencabar.

Kejayaan Rimba Raid tidak akan berlaku tanpa kerjasama GIVI yang juga selaku penaja utama.

Bagi memperhebatkan lagi Rimba Raid kali ini, GIVI turut membawa masuk Jeremias Israel daripada Chile yang memikul status sebagai duta GIVI.

Jeremias – bekas National Champion dan pelumba Factory Honda Dakar Rally – bukan sahaja akan bertanding di Rimba Raid malaha dia bakal memulakan hubungan dua hala dengan pusat latihan tempatan dengan menganjurkan klinik menunggang motosikal bersama-sama Acoi Pangokolo, pelumba motosikal Trials tempatan.

Klinik tersebut bakal diadakan di sebuah pusat latihan di Kuala Lumpur pada 20 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Pemasaran Rimba Raid, Datuk Kapten Nik Huzlan meluahkan rasa teruja dengan edisi kali ini.

“Kami sangat bangga dengan populariti Rimba Raid yang semakin meningkat, dan kami sangat teruja pada idea kerjasama GIVI dalam mewujudkan persekitaran yang kompetitif di mana Perlumbaan Kelas Antarabangsa tidak menimbulkan ketegangan kewangan untuk kami penunggang tempatan.

“Pada masa yang sama kita berhati-hati untuk tidak terlepas dari mana kami bermula, di mana amatur dan profesional bersaing dengan motosikal yang sah di jalan raya dan boleh dibeli di kaunter. Kami berusaha untuk mengekalkan Rimba Raid sebagai acara dengan peminat dalam fikiran, tetapi dianjurkan untuk memuaskan profesional yang berpengalaman,”jelasnya.

Pada masa sama, Kapten Nik turut menyifatkan penyertaan Jeremias bakal membantu memperkukuhkan jenama Rimba Raid terutamanya di peringkat antarabangsa.

Bagi Jeremias, Rimba Raid bukan hanya medan untuk mencapai kemenangan seperti kejohanan lain sebaliknya ia turut menjadi tempat untuknya berkongsi ilmu dan pengalaman dengan peserta lain.

“Sebagai pelumba profesional motivasi yang paling penting bagi saya ialah bersaing dan menang, tetapi ketika saya semakin matang saya kini mahu berkongsi skil dan pengalaman sedia ada kepada pelumba lain,” jelasnya.

Rimba Raid 2019 bakal berlangsung di Rimba Valley Motocamp, Janda Baik pada 27 dan 28 Julai 2019!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply