Ducati Multistrada Bakal Dapat Platform Enjin V4?

Timbul desas desus mengatakan Ducati Multistrada bakal mendapat suntikan enjin V4 seperti Panigale dan Streetfighter bagi tahun 2020.

Media German,  Motorrad mendakwa sebuah jentera Ducati Multistrada dilihat telah menjalani sesi percubaan di sekitar kilang Borgo Panigale.

Motorrad turut mendakwa bentuk keseluruhan jentera terbabit seakan menyamai rekaan sedia ada namun sayangnya tiada gambar yang dapat dipamerkan.

Bagaimanapun, Motorrad melaporkan terdapat beberapa ciri terbaru yang diperkenalkan antaranya Ducati Advanced Rider Assistance System (ARAS)  yang bertindak mengesan keadaan sekeliling terutamanya kenderaan lain yang mungkin berada di kedudukan titik buta penunggang.

Tatkala Ducati sibuk menjodohkan Panigale, Streetfighter dan kini Multistrada dengan enjin V4 adakah ini bermakna pengeluar motosikal Itali iti bakal memberhentikan penggunaan enjin V2?

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.