Fizikal Saya Merana Kerana Berperang Mengendalikan Ducati V4 – Bautista

lvaro Bautista di atas motosikal Ducati Panigale V4 R – Sumber imej: WorldSBK.com

Ducati melalui minggu yang malang di litar perlumbaan hujung minggu lalu apabila Dovizioso dan Petrucci gagal mengekang kemaraan Marc Marquez di Sachsenring sementara Alvaro Bautista tidak lagi memegang takhta pendahulu di SBK.

Bautista kehilangan takhta sebagai pendahulu kejuaraan apabila dipintas Johnny Rea yang kini mendahului dengan 24 mata selepas mendominasi Donington Park, baru-baru ini.

Pelumba Sepanyol itu mengakui bergelut untuk mengawal jentera Ducati V4 di sepanjang perlumbaan.

“Jentera saya tidak stabil dan saya terpaksa melawan dengan jentera sendiri hanya untuk memastikaan ia bergerak lurus. Pada masa sama, saya tidak memiliki kestabilan yang baik ketika keluar daripada selekoh.

“Saya cuba lakukan yang terbaik tetapi fizikal saya merana kerana terpaksa bertarung dengan jentera tersebut,” ujar Bautista.

Menyedari dia dan pasukan perlu bangkit dengan aksi yang lebih baik seperti di Misano dan Jerez, Bautista bagaimanapun mengakui ia tidak semudah itu.

“Ini bukan MotoGP dimana pasukan boleh menggunakan komponen berbeza bagi mempertingkatkan kemantapan jentera. Inilah pakej jentera yang kami ada, kami tidak bernasib baik tetapan dilakukan di Donington tidak menjadi,”tambahnya.

SBK bakal ke Laguna Seca selepas ini dan Bautista mengakui litar tersebut bukanlah medan terbaik buat jentera Ducati V4.

(SUMBER: GPONE.com)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]