LokaTAG Tawar Kemudahan Bayar Tol Dengan Lebih Efisien

LOKATECH Engineering Sdn Bhd dengan kerjasama EFKON,  telah melancarkan pembaca tol tersedia (built-in) seumpamanya bagi rakyat Malaysia.

Alat tersebut merupakan alternatif kepada MaxTAG mudah alih yang dilancarkan Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, tidak seperti peranti mudah alih lain,  LokaTAG tidak memerlukan penggunaan bateri sebaliknya peranti tersebut diintegrasikan dengan bateri kereta.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan inovasi terbaru ini hanya perlu ke Shopee Malaysia untuk membuat pembelian. Usah gusar kerana setiap pembelian disertakan dengan penghantaran dan pemasangan percuma di sekitar Lembah Klang,  Pulau Pinang dan Johor.

Bagi pelanggan di luar kawasan disebut anda hanya perlu membawa kenderaan ke pengedar rasmi LokaTAG.

“Sambutan MaxTAG cukup memberangsangkan ketika ini dengan purata penjualan sebulan mencecah 12,000 unit. Sementara jumlah penjualan bagi peranti tol mudah alih dan tersedia (built-in) mencecah 25,000 unit, ” jelas Pengarah EFKON Asia Sdn Bhd, Helmut Blasch.

Sementara itu, Pengarah Urusan LOKATECH, Ng Shyh Kang mensasarkan penjualan sekitar 1,000 sebulan.

“LokaTAG merupakan peranti pertama yang boleh didapati di ‘aftermarket’.  Kami yakin terdapat ramai pengguna yang akan menghargai penggunaan teknologi ini, ” jelasnya.

Pada masa sama,  Blasch yakin kutipan tol elektronik akan terus memainkan peranan penting di Malaysia.

“Sistem kutipan tol elektronik inframerah telah telah dibuktikan antara penyumbang kelancaran trafik di pusat tol seluruh Malaysia,” tambahnya.

Pelanggan juga akan menerima waranti selama satu tahun bagi setiap pembelian LokaTAG yang berharga RM499.

Untuk maklumat lanjut,  layari www.lokatag.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.