Proton Persona, Iriz, Exora Dan Saga Terus Popular, 7,615 Unit Dijual Bagi Jun

PROTON terus mengorak langkah positif bagi tahun 2019 apabila merekodkan penjualan sebanyak 7,615 unit bagi bulan Jun yang merupakan penjualan kedua tertinggi tahun ini.

Proton merekodkan penjualan tertinggi dalam tempoh 46 bulan apabila berjaya menjual lebih 10,611 unit, Mei lalu.

Kesinambungan itu diteruskan bagi bulan Jun 2019 yang menyaksikan kenaikan 23 peratus berbanding bulan sama bagi 2018.

Di antara jumlah yang terjual bagi Jun, 78 peratus daripadanya terdiri daripada Proton Persona, Iriz, Saga dan Exora. Jumlah itu menyaksikan kenaikan 2 peratus berbanding 76 peratus pada bulan Mei.

Setakat ini, Proton Persona telah menerima lebih 11,500 tempahan diikuti 3,500 tempahan bagi Iriz dan 1,500 bagi Exora.

Sementara Proton X70 terus unggul sebagai SUV pilihan rakyat Malaysia dengan lebih 15,175 unit telah pun dijual.

Dalam tempoh setengah tahun pertama (Januari hingga Jun) Proton telah mencatat penjualan sebanyak 43,679 unit – 61 peratus kenaikan berbanding tahun 2018.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply