Pecah Cermin Tingkap Kereta Dan Larikan Beg Tangan, Polis Buru Dua Suspek

Polis sedang memburu dua penjenayah yang telah melarikan beg tangan milik seorang penolong pegawai perubatan dengan memecahkan tingkap keretanya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Gombak, Kuala Lumpur, semalam.

Mangsa berusia 28 tahun itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat dengan memandu kereta jenis Kia Sorento sebelum didatangi dua suspek yang bertindak memecahkan cermin bahagian tempat duduk penumpang depan sebelum melarikan beg tangan.

“Mangsa terdengar bunyi ketuk di bahagian tempat duduk penumpang depan lalu melarikan diri dengan motosikal mereka,” demikian kenyataan dibuat Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail.

Menurut laporan Harian Metro, mangsa mengalami kerugian RM2,000.

Difahamkan polis telah mengenal pasti kedua-dua suspek dan usaha memburu sedang dijalankan ketika ini.