Pengembaraan Modenas “Explore the Unexplored” Ride kini telah sampai ke penghujungnya minggu depan dan bagi mengakhiri program epik ini, Modenas telah menyediakan program yang istimewa bagi para peserta.
Bagi edisi kali ini, pengembaraan akan bermula pada pagi 13 Julai 2019 daripada Juru Auto City, Perai dan akan menuju ke Cameron Highlands untuk menikmati cuaca dingin.
Konvoi kemudiannya akan turun ke Bentong menerusi jalan Cameron Highlands – Sungai Koyan sebelum menuju ke destinasi terakhir yang terletak di Rimba Valley Motocamp di mana peserta akan berkhemah di tepi sungai yang jernih sambil ditemani bintang-bintang di langit pada waktu malam.
Rimba Valley Motocamp turut merupakan tuan rumah kepada Rimba Raid yang akan berlangsung seminggu kemudian.
Peserta hanya perlu menanggung kos minyak motosikal masing-masing sementara segala makanan, minuman serta tempat penginapan akan disediakan pihak Modenas, jadi usah risau!
Inisiatif “Explore the Unexplored” bermula selepas Modenas Dominar D400 dilancarkan di Malaysia. Seperti namanya, ia membuka peluang kepada pemilik Dominar bukan sahaja untuk menjelajah seluruh Malaysia dengan jentera kesayangan mereka malah berkongsikan pengalaman dengan pemilik Dominar D400 di seluruh dunia!
Bukan itu sahaja, peserta turut berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi pertandingan gambar terbaik bersama jentera Dominar masing-masing.
Diingatkan peluang ini terbuka untuk pemilik Modenas Dominar D400 sahaja dan atas faktor keselamatan serta memastikan kelancaran tunggangan, tidak dibenarkan untuk membawa penumpang (pillion).
Anda yang berminat sila hantarkan email kepada [email protected]