Anugerah Trak Pikap Terbaik 2019 telah menjadi milik Ford Ranger di Frost & Sullivan Best Practices Award yang berlangsung baru-baru ini.
Berdasarkan prestasi keseluruhan yang kukuh, Sime Darby Auto ConneXion, pengedar tunggal Ford di Malaysia, berjaya mengatasi pencabar lain berdasarkan beberapa kriteria bagi penerima Anugerah tersebut.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion Syed Ahmad Muzri Syed Faiz menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terbesar.
“Kami merasa begitu berbesar hati menerima pengiktirafan yang amat berprestij ini daripada Frost & Sullivan. Anugerah ini merupakan manifestasi dari ramai individu termasuk
kakitangan kami, para pelanggan dan pelabur yang saban hari memilih untuk meletakkan kepercayaan kepada organisasi kami dan memberi sumbangan yang begitu bermakna untuk masa hadapan jenama tersebut.
“Ranger telah sering kali membuktikan bahawa ia sememangnya merupakan tanda aras industri bagi segmen trak pikap. Peningkatan kecekapan, penyempurnaan dan pelbagai inovasi teknologi terbaharu membantu meluaskan lagi daya tarikan Ranger di Malaysia,”katanya.
Antara anugerah lain yang dirangkul sebelum ini:
- Trak Pikap Terbaik Malaysia Tahun 2019 (Cars of Malaysia Awards)
- Trak Pikap Terbaik (DSF.my Allianz Vehicle of the Year)
- Trak Pikap Terbaik Tahun 2018 (Malaysia Car Of The Year)
- Anugerah Emas untuk Pikap Terbaik 2018 (Carlist.my)
- Trak Pikap Terbaik Pilihan Editor 2018 (Topgear Chinese)
Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford