Miliki Model Triumph Bonneville T120 Diamond Dan Ace Edisi Terhad, RM75,900

Triumph Malaysia menerusi Fastbikes Sdn Bhd, memperkenalkan dua model baharu sempena ulangtahun ke-60 jenama Bonneville.

Triumph Bonneville T120 Diamond dan Bonneville T120 Ace Limited Edition telah diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran yang diadakan ketika sambutan rumah terbuka Fastbikes di Petaling Jaya, hari ini.

Triumph Bonneville T120 Diamond

Tahun 2019 merupakan tarikh keramat bagi jenama Triumph apabila meraikan sambutan 60 tahun jentera ikonik Bonneville Twin dengan edisi sulung dikeluarkan pada tahun 1959.

Hanya 900 model dihasilkan bagi T120 Diamond dengan hanya empat model dibawa masuk ke Triumph Malaysia setakat ini.

Antara ciri menarik yang terdapat pada Bonneville T120 Diamond:

  • Rekaan Snowdonia White dan Aluminium Silver ‘Union Flag’
  • Logo Triumph krom di tangki
  • Pelindung enjin krom
  • Pelindung rantai krom
  • Setiap model T120 Diamond didatangkan dengan sijil bernombor yang ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Triumph, Nick Bloor.

Triumph Bonneville T120 Ace

Jentera yang menggabungkan rekaan moden dan klasik ini tampak lebih garang dengan perwatakan berbeza dari T120 Diamond.

Pilihan warna Matt Storm Grey dengan rekaan logo Ace Cafe dan perincian ‘Head Down-Hold On’ membuatkan keseluruhan rupa T120 Ace Edition lebih menonjol.

Dengan hanya 1400 unit ditawarkan di seluruh dunia, pelanggan turut akan mendapat sijil bernombor yang telah ditandatangani oleh Nick Bloor.

 

Kedua-dua jentera ini digerakkan dengan enjin parallel-twin 1200cc dengan 8 valve single overhead cam yang menghasilkan 80hp pada 6,550rpm yang digerakkan dengan transmisi enam kelajuan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply