Suntikan Kewangan Sehingga RM5 juta Menanti Pengedar Berdaftar

Hong Leong Bank Berhad (HLB) dan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam satu majlis yang berlangsung di Hong Leong Tower, Bukit Damansara, malam tadi.

MoU tersebut menyaksikan Hong Leong bank menawarkan pelbagai penyelesaian perbankan kepada setiap pengedar berdaftar dengan MMSDA di seluruh negara.

Seramai 16 pertubuhan negeri di bawah MMSDA dengan lebih 6,000 ahli bakal menikmati pelbagai produk dan servis kewangan khusus yang akan membantu dalam memperkembangkan perniagaan motosikal sekaligus memperkukuhkan lagi pasaran motosikal yang sedang membangun di Malaysia.

Di bawah Program Pengedar Motosikal (MDP), Hong Leong menawarkan suntikan kewangan sehingga RM5 juta yang merangkumi; Pakej Pinjaman, Pengurusan Wang Tunai, Pembayaran dan Perkhidmatan Dagangan, Perkhidmatan Pertukaran Wang, Penyelesain Perniagaan Digital.

“Kami telah menyediakan sekitar RM350 juta untuk menampung bantuan kewangan kepada pengedar dan jumlah itu akan dipertingkatkan dalam masa dua tiga tahun ini.

“Selama 18 bulan ini kami juga telah duduk semeja dengan MMSDA serta ahli lain untuk mendengar keperluan mereka. Dalam jangka masa itu, kami menyaksikan peningkatan perniagaan yang memberangsangkan meskipun dalam tempoh singkat,”jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply