Pusat 3S Honda Dengan Kerjasama Kemena Auto Kini Dibuka Di Bintulu!

Pemilik Honda di Bintulu, Sarawak kini boleh menikmati pelbagai kemudahan dengan pembukaan Pusat 3S oleh Kemena Auto Sdn Bhd.

Pembukaan pusat 3S baharu ini selaras dengan strategi Honda Malaysia untuk memperkukuhkan jaringan pengedar di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr Toichi Ishiyama menyifatkan Malaysia Timur, (Sabah dan Sarawak) merupakan antara pasaran penting bagi Honda.

“Perkembangan di Malaysia Timur bermula empat tahun lalu dan sehingga kami Honda Malaysia memiliki 13 pengedar dengan tujuh daripadanya terletak di Sarawak. Sebagai satu-satunya pengedar di Bintulu, kami percaya Kemena Auto akan menyediakan pelbagai servis kepada pelanggan di kawasan ini,”jelasnya.

Sebanyak RM11 juta telah dibelanjakan bagi pembinaan Pusat 3S Honda ini yang terletak di atas tanah seluas 43,560 kaki persegi dan dilengkapi dengan segala kemudahan yang mengikut piawaian Honda.

Antara kemudahan yang terdapat di pusat berikut:

  • 6 tapak servis
  • 3 tapak penyelenggaraan am
  • 1 tapak servis tayar

Kesemua tapak ini mampu memuatkan sehingga 40 kereta sehari.

Sejajar dengan usaha Honda untuk mewujudkan pengalaman terbaik kepada pelanggan, Pusat 3S Honda Kemena Auto telah meyediakan pelbagai kemudahan lain antaranya ruang pelanggan, servis Wi-Fi, Kids Corner, makanan dan minuman percuma serta Surau.

Pasaran Malaysia Timur telah membuat sumbangan besar terhadap penjualan Honda Malaysia dengan lebih 2,300 unit didaftarkan pada Mei 2019 – 1,300 unit dijual di Sarawak sekaligus menyumbang 60 peratus terhadap keseluruhan penjualan bagi Malaysia Timur.

Bagi pelanggan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Pusat 3S Honda Kemena Auto, hubungi 086-342899 atau 086-342599 atau datang terus ke lokasi yang terletak di Lot 14728, Taman Terus, Jalan Tun Hussein Onn,97000, Bintulu, Sarawak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.