Dua Varian Baharu Minyak Enjin Motosikal Shell Advance AX7 Diperkenalkan!

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan dua varian baharu bagi minyak enjin motosikal Shell Advance AX7 semi-sintetik.

Shell Advance AX7 10W-30 dan 15W-50 dijual pada harga RM33.90 sebotol (1 liter) sekaligus menyertai produk Shell Advance AX7 10W-40 sedia ada.

Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, May Tan, Shell Advance AX7 kini menawarkan tiga gred kelikatan.

“Gred ini memberi peluang kepada pemilik motosikal untuk memilih minyak enjin semi-sintetik premium daripada Shell Advance yang menepati keperluan mereka,” katanya.

Ketiga-tiga gred minyak menawarkan teknologi Active Cleansing yang melindungi enjin motosikal. Antara kelebihan Shell Advance AX7 adalah:

  • 33 peratus enjin lebih bersih
  • 29 peratus perlindungan dalam suhu tinggi
  • mampu pergi ekstra 3km bagi setiap satu liter minyak
  • 36 peratus tahan lasak
  • tiada penurunan kuasa selepas 12,000km perjalanan

Shell Advance AX7 15W-50 serba baharu dan likat menjanjikan penyampaian kuasa lebih lancar di samping melindungi enjin ketika tunggangan yang lama sementara Shell Advance AX7 10W-30 menawarkan perlindungan enjin terbaik dan lebih menjimatkan minyak.

Shell Advance AX7 baharu ini dibuat sepenuhnya di Malaysia dan didatangkan dengan label ‘Buatan Malaysia’ bagi memudahkan produk ini dikenal pasti sebagai produk Shell Advance yang asli dan untuk dijual di Malaysia.

Label unik itu juga menempatkan kod QR bagi memudahkan orang ramai untuk membuat pemeriksaan keaslian produk.

“Ini merupakan sebahagian daripada pelaburan strategik Shell Malaysia untuk melindungi pembeli dan pengeluar dalam mengenalpasti produk yang tulen. Penggunaan label Buatan Malaysia yang unik ini memainkan peranan penting dalam menangani isu pengedaran minyak enjin palsu,” tambah Tan.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply