Regent NO.1: Motosikal Elektrik Bercirikan Retro Ke Pasaran 2020

Regent Motorcycles sedang giat membangunkan motosikal elektrik yang diberi nama Regent NO.1 bagi proses pengeluaran selepas mempamerkan jentera itu di MC Massan Swedish Motorcycle Fair, Mei lalu.

Pasaran motosikal kini menyaksikan pelbagai jentera elektrik dua roda dihasilkan sekaligus membuka pelbagai pilihan kepada orang ramai.

Regent Motorcycles yang berpangkalan di Sweden merupakan satu lagi syarikat yang menawarkan motosikal elektrik namun dengan sentuhan retro.

Ketika Regent NO.1 ditayangkan buat julung kalinya Mei lalu, mereka mendapat banyak maklum balas positif sekaligus memastikan jenama itu berada di landasan tepat untuk keluaran tahun 2020.

Regent NO.1 didatangkan dengan bateri 72 V dan 80 Ah yang menawarkan kapasiti 6 kWh dan mampu pergi sejauh 150km dengan kelajuan maksima 120km! Keupayaan itu meletakkan Regent NO.1 setaraf dengan supermoto elektrik Zero FXS ZF7.2.

Meskipun tampil dengan rekaan retro, Regent NO.1 dilengkapi pelbagai teknologi moden antaranya sistem ABS – yang didatangkan secara standard – paparan sentuh, GPS dan alat anti kecurian.

Regent Motorcycles telah pun menerima tempahan awal dengan harga bermula daripada USD10,800 (RM44,695).

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]