Aprilia RS660 Bakal Direalisasikan Dalam Masa Terdekat

Ketika Aprilia mempamerkan model konsep bagi Aprilia RS660 di EICMA tahun lalu, peminat jentera dua roda kembali teruja dengan jenama Itali itu.

Bagaimanapun, perasaan tersebut bercampur dengan pelbagai prasangka dan skeptikal susulan ada yang berpendapat model tersebut akan kekal sebagai konsep dan tidak akan dibawa ke proses pembuatan.

Perasaan skeptikal itu mungkin berubah apabila timbulnya beberapa imej rekaan CAD model tersebut yang dilaporkan sedang menuju ke proses pembuatan!

Imej tersebut juga menjelaskan beberapa perubahan ketara daripada model konsep yang ditayangkan di EICMA 2018.

Antara perubahan tersebut adalah penggunaan penyerap hentakan Sachs dan kaliper Brembo Monobloc berbanding Ohlins dan kaliper Brembo Stylema yang digunakan pada model konsep.

Perubahan ini bukan perkara mengejutkan sebaliknya telah pun dijangka bagi merendahkan kos pengeluaran.

Pada masa sama, RS660 tidak akan menawarkan 200hp sepertimana abangnya, RSV4 1100 Factory jadi penggunaan penyerap hentakan Ohlins dan Brembo Stylema dilihat tidak relevan.

Bagaimanapun, imej tersebut turut membuktikan bahawa Aprilia akan mengekalkan ciri ‘winglet’ yang ketika ini terdapat pada jentera MotoGP!

Ketika ini masih tiada sebarang maklumat mengenai tarikh sebenar model ini akan dilancarkan secara rasmi di pasaran dunia namun tidak hairan jika Aprilia bertindak memperkenalkan RS660 di EICMA tahun ini.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]