Lelaki Tertinggal Ibu Di R&R, Sedar Selepas 200KM Perjalanan

Ketika sibuk bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, seorang lelaki secara tidak sengaja telah meninggalkan ibunya di R&R Bukit Besi, Sabtu lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu bersama isterinya dan ibunya – yang berusia 73 tahun – sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Bukit Payong di Kuala Terengganu.

Kejadian tersebut berlaku apabila mereka berhenti sementara di R&R terbabit kerana si isteri mahu menggunakan tandas sekitar jam 8 pagi.

Sementara menunggu, lelaki tersebut melelapkan mata dan tidak sedar ibunya juga keluar untuk menggunakan tandas. Bagaimanapun, sebaik isterinya kembali, lelaki tersebut terus terjaga lalu memandu pergi tanpa menyedari ibunya tiada di dalam kereta.

Terkejut, ibunya terus memaklumkan orang ramai yang berada di R&R terbabit sebelum dibantu dua pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terus menghantarnya ke Balai Polis Bukit Besi.

Sementara itu, lelaki dan isterinya hanya menyedari ketiadaan ibunya apabila mereka berhenti di R&R Gambang berdekatan Kuantan untuk makan tengah hari – 196km dari R&R Bukit Besi.

Menurut laporan NST, pihak berkuasa berjaya menghubungi anak perempuanya yang bekerja sebagai cikgu di salah sebuah sekolah di Bukit Payong. Wanita tersebut kemudiannya dijemput cucunya pada jam 12.30 tengah hari.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.