Hyundai Santa Fe Dilancarkan – Harga Bermula Dari RM169,888

Hyundai dengan rasminya melancarkan Hyundai Santa Fe 2019 selepas mempamerkan model tersebut di Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2019, awal tahun ini.

Hadir dalam empat varian berbeza, pelanggan yang berminat boleh berkunjung ke pengedar Hyundai rasmi berdekatan bagi melihat model ini dengan lebih dekat.

Generasi ke-4 Santa Fe ini dijual dengan harga bermula dari RM169,888 hingga RM211,888.

Santa Fe didatangkan dengan dua enjin pilihan – Theta II 2.4 MPI Petrol dan R 2.2 CRDi Diesel – yang boleh didapati bagi varian Executive dan Premium.

Sejak dipertontonkan pada November tahun lalu, Hyundai telah mendapat maklumbalas positif daripada pelanggan termasuk jumlah tempahan.

Enjin 2.4 liter petrol didatangkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang mampu menghasilkan 170hp dan 225Nm sementara enjin 2.2 liter diesel – transmisi lapan-kelajuan – menjana 191hp dan 440Nm.

Sementara itu, pelanggan yang berminat dengan varian Premium akan mendapat beberapa ciri ekstra antaranya:

  • Rear Occupant Alert
  • Blind-Spot Collision Warning
  • Rear Cross traffic Collision Warning
  • Bi-function LED Projection
  • Dynamic Bending Light
  • 8-way power seat (passenger) & 10-way power seat (driver)
  • 7-inch Supervision TFT LCD
  • Floating-typed 7-inch Display
  • Power Tailgate
  • 19-inch wheels

Santa Fe turut dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan menarik antaranya:

  • 6 airbags
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • Vehicle Stability Management (VSM)
  • Hillstart Assist Control (HAC)
  • Downhill Brake Control (DBC)
  • Antilock Braking System (ABS)
  • Brake Assist System (BAS)
  • Traction Control System (TCS)

Pelanggan yang berminat perlu membuat tempahan awal ekoran harga ditawarkan adalah harga pengenalan yang hanya berlanjutan hingga Jun ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.