Sejurus BMW menayangkan model 8 Series Gran Coupe Concept, ramai yang mengagak bahawa kemungkinan model tersebut akan membawa ke penghasilan sebenar.
Tekaan itu akhirnya terjawab apabila BMW berkongsikan ‘teaser’ yang akan didedahkan sepenuhnya antara 25 hingga 27 Jun ini di BMW Welt Wolrd di Munich, Jerman.
Meskipun gambar tersebut tidak mendedahkan rupa keseluruhan kecuali bahagian bonet dan bumbung namun sedikit sebanyak ciri ‘coupe’ jelas kelihatan.
Difahamkan, BMW akan mengekalkan enjin 4.4 liter V8 turbocharged sepertimana yang diguna pakai model M850i yang menghasilkan 523 hp selain daripada sistem ‘all-wheel drive’ dan 8-gear automatik.
BMW turut mengumumkan model tersebut akan mula dijual September ini.