Marsyal Kantoi Ambil Sarung Botol Brek Alex Rins

Ketika Alex Rins sibuk meraikan kejayaan menduduki tempat kedua dalam saingan MotoGP di Litar Jerez semalam, kamera ‘onboard’ yang terdapat pada jentera GSX-RR miliknya telah merakam tindakan seorang marsyal yang telah mengambil sarung dari brek master pump sebelum menyimpannya di dalam poket.

Klip tersebut kemudiannya telah dimuat naik ke media sosial dan ketika Rins ditanyakan mengenai insiden tersebut, dia hanya ketawa.

“Saya telah menyaksikan klip tersebut dan apa yang diambil hanyalah sarung bagi tangki minyak brek yang terdapat di handle motosikal.

“Saya pasti barang itu kini sudah diiklankan di Wallapop (sebuah laman sesawang yang menjual barangan terpakai di Sepanyol) dengan harga EUR1000!

“Jika barang tersebut tertulis ‘Rins’dan ’42’ dan jika saya ternampak barang terbabit di internet. Saya mahu membelinya!” katanya.

Bagaimanapun, marsyal tersebut telah pun dikenal pasti oleh staf litar lain dan dia telah pun diarahkan agar menyerahkan barang diambil kepada Suzuki lalu memohon maaf.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]