- Motosikal lumba atau buatan khas yang diinspirasikan oleh motosikal flat-track amat tersendiri rupa bentuknya, dan ianya jelas dapat dilihat pada motosikal flat-tracker Triumph Bonneville Super Hooligan ini.
- Motosikal berkenaan telah diubahsuai untuk kategori perlumbaan Super Hooligan.
- Art Hartman, pelumba yang telah membina motosikal ini mendapati motosikal Bonnie ini lebih ringan dan lincah.
Perlumbaan flat-track hanya diketahui oleh penggemar motosikal yang tegar di Malaysia kerana kurangnya pendedahan mengenai perlumbaan ini di dalam negara, namun, bagi mereka yang pernah menyaksikannya, ianya satu kenangan yang sukar untuk dilupakan. Motosikal yang digunakan dalam perlumbaan ini juga amat berbeza sekali dari yang biasa, seperti mana motosikal flat-tracker buatan khas, Triumph Bonneville Super Hooligan ini.
Jika kita mengagumi motosikal lumba kerana teknologi dan komponennya yang amat canggih, jentera perlumbaan flat-tracker pula perlu dikagumi untuk ketulusannya. Ketulusan rupa bentuknya yang mempunyai satu tujuan semata-mata – memecut laju mengeliling litar tanah merah yang bujur pada kelajuan 200km/j, dengan keadaan mengiring.
Benar, ada motosikal buatan khas yang lain yang telah diubahsuai menjadi motosikal flat-tracker, termasuklah satu kit binaan dalam katalog Harley, namun, motosikal Triumph ini tampak lebih menggiurkan!
Motosikal Flat Tracker Triumph Bonneville yang telah dibina untuk kategori perlumbaan Super Hooligan ini adalah hasil ciptaan pelumba bernama Paul Hartman.
Jentera perlumbaan Harley-Davidson tunggangannya sebelum ini telah pun musnah sewaktu satu acara dakian bukit dan oleh kerana itu dia perlu membina sebuah motosikal berspesifikasikan Super Hooligan yang baharu. Mengikut peraturannya, dia perlu membinanya menggunakan kerangka standard dan enjin 750cc ke atas.
Daripada menggunakan sebuah lagi motosikal Harley Sportster, Hartman memilih untuk menggunakan Triumph Bonneville. Dia menjelaskan bahawa walaupun motosikal Harley adalah pilihan ramai pelumba Super Hooligan, ianya berat dan mempunyai jarak antara roda yang panjang. Bagaimana pun, dia mendapati yang model Bonnie ini cukup sesuai sekali, kerana ianya hanya seberat 204kg dan jarak antara rodanya adalah 51mm lebih pendek berbanding model Sportster.
Hartman memulakan pengubahsuaian pada motosikal Bonneville T100 2016, melengkapkannya dengan komponen berspesifikasikan perlumbaan, kecuali untuk ECU dan dua lagi bahagian yang lain, yang mana ianya tidak diubah. Ia dilengkapi dengan bateri litium Antigravity, bagi mengurangkan beratnya. Ekzosnya adalah dari unit flat-track S&S, lohong masukan udaranya adalah penapis K&N. Roda beranod hitamnya diperoleh daripada Performance Machine. Tangki dan pelananya pula telah dicat biru bagi membezakannya dengan bahagian yang berwarna hitam, memberikannya rupa paras yang menakjubkan.
Sumber: Pipe Burn