Giliran Kawasaki Serlahkan Teknologi Radar Mereka

  • Kawasaki adalah pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk motosikal keluaran mereka.
  • Sebuah paten yang telah difailkan oleh mereka telah mempamerkan sebuah sistem dengan radar hadapan dan belakang.
  • Sistem ini berfungsi bersama dengan brek dan juga pendikit.

Kawasaki merupakan pengeluar terkini yang sedang mengusahakan pembangunan teknologi radar untuk dilengkapkan pada motosikal keluaran mereka.

Ianya telah diketahui bahawa sistem yang dibangunkan Kawasaki tersebut akan sama ada memberikan amaran kepada penunggang, atau akan melakukan pembrekan automatik sekiranya ia mengesan akan berlakunya pertembungan. Dalam paten yang telah dikemukakan mereka itu, sistem tersebut akan menggunakan pengesan radar hadapan dan juga belakang. Dengan ini, radar tersebut boleh mengawal brek dan pendikitnya.

Radar hadapan akan mengimbas jalan di hadapan dan mengerjakan brek sekiranya ada bahaya. Pengesan radar belakang pula akan mengesan kenderaan yang mendekatinya dengan pantas dan akan memberi amaran kepada penunggang bagi mengambil tindakan mengelak.

Kawasaki bukannya pengeluar pertama yang membangunkan sistem radar.

Suzuki telah berusaha membangunkan pemantul radar bagi menjadikan motosikal mereka lebih mudah untuk ‘dilihat’ oleh radar-radar yang ada dalam kenderaan-kenderaan yang lain. Manakala Honda pula mungkin akan melengkapkan model Gold Wing mereka yang seterusnya dengan daya pembrekan automatik. Ke semua model Ducati tahun 2020 akan didatangkan dengan radar hadapan dan juga belakang, di samping dengan ABS menyelekoh. KTM akan dilengkapi dengan ciri kawalan bersiar boleh suai serta sistem kesedaran titik buta menjelang tahun 2021.

Teknologi radar kenderaan tidak lagi berada dalam tahap eksperimentasi, di mana ke semua kereta buatan Eropah baharu perlu dilengkapi dengan sistem pembrekan keselamatan atau automatik pada tahun 2020. Keputusan ini susulan satu kajian bersama antara NCAP Eropah dan NCAP Australasia yang mendapati brek automatik dapat mengurangkan pertembungan sebanyak 38%.

Tunggu masa sahaja sebelum teknologi radar ini dilengkapkan pada ke semua motosikal.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]