Tatkala Ramadhan semakin menjelang tiba, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, mengadakan pelbagai promosi Hari Raya yang berlangsung hari ini sehingga 31 Mei 2019.
Pelanggan yang membuat tempahan untuk model Mitubishi Outlander 2.0 (RM137,888) atau 2.4 liter (RM152,888) akan menerima rebat tunai sehingga RM4,000!
Mitsubishi turut menawarkan rebat sama bagi model ASX Compact SUV 4WD (RM133,336) dan 2WD (RM118,866)!
Kedua-dua model ini didatangkan dengan waranti selama lima tahun.
Sementara itu, bagi pelanggan yang merancang untuk membeli model Triton Adventure X, anda layak menerima rebat tunai sehingga RM6,000!
Berikut antara promosi bagi model Triton:
No | Model | Harga OTR tidak termasuk Insurans SST di Semenanjung Malaysia | Rebat Tunai (RM) | Waranti |
1 | Triton VGT Adventure X | 135,200.00 | 6,000 |
Semua varian Triton didatangkan dengan waranti lima tahun atau 200,000km
|
2 | Triton VGT AT Premium | 118,600.00 | 2,000 | |
3 | Triton VGT AT | 105,990.00 | 2,000 | |
4 | Triton VGT MT Premium | 112,500.00 | 4,000 | |
5 | Triton VGT MT | 100,200.00 | 4,000 |
Bukan itu sahaja, bermula 2 Mei hingga 15 Jun ini, Mitsubishi turut menawarkan pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis rasmi akan menerima pelbagai hadiah ekslusif raya antaranya:
Belanja | Dapat |
RM300-RM499 | · 1 unit rawatan minyak enjin |
RM500 | · 1 unit bekas kuih ekslusif Mitsubishi
· 10% diskaun buruh |
RM1000 | · 1 unit bekas kuih ekslusif Mitsubishi
· RM38 eVoucher · 10% diskaun buruh · tambahan 5% diskaun alat ganti |
Jadi apa tunggu lagi? Raya nak dekat dah ni!