Polisi Hapuskan Kenderaan Lama Laporan Palsu – Anthony Loke

Tiada perancangan untuk memperkenalkan polisi bagi menghapuskan kereta lama di Malaysia jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Memetik akhbar The Star, baru-baru ini telah timbul laporan di akhbar tempatan – Nanyang Siang Pau – yang mengatakan kerajaan bakal melaksanakan polisi End of Life Vehicle (ELV) memasuki suku kedua 2019.

Bagaimanapun, Anthony Loke berkata laporan tersebut adalah palsu dan meskipun terdapat kajian dibuat mengenai perkara ini namun kerajaan telah menolak cadangan tersebut di peringkat awal.

Laporan terbabit memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Madani Sahari yang berkata kenderaan lama perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan.

Loke bagaimanapun menegaskan perkara berkaitan polisi ELV hanya boleh diumumkan pihak Kementerian Pengangkutan kerana polisi terbabit berada di bawah kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Loke menjelaskan bahawa pemilik kenderaan lama tidak perlu berasa bimbang kerana polisi ELV tiada dalam perancangan kerajaan sebaliknya hanya perlu menjalani pemeriksaan di PUSPAKOM jika cukai jalan dan insurans tidak diperbaharui lebih daripada 12 bulan.

(SUMBER: The Star)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply