Nak Kelihatan Ber-Bezza? Perodua Perkenal Bezza Limited Edition!

Jika anda berminat untuk memiliki Perodua Bezza lain dari yang lain,  bergegas ke MAEPS sekarang kerana Perodua memperkenalkan Perodua Bezza Limited Edition yang hanya terhad ke 50 unit sahaja!

Perodua telah melancarkan model Perodua Bezza Limited Edition di Malaysia Autoshow  2019, yang berlangsung di MAEPS,  Serdang,  hari ini.

Terhad kepada 50 unit,  pelancaran model tersebut telah disaksikan sendiri Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, YB Datuk Ignatius Darell Leiking dan Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd,  YBhg Dato Dr Zahari Husin.

Tempahan untuk model Limited Edition (berharga RM44,890) ini hanya boleh dibuat di Malaysia Autoshow 2019 yang berlangsung hari ini hingga Ahad.

“Perodua Bezza Limited Edition merupakan model yang menggambarkan personaliti pemilik yang unik dan sporty. Dengan aksesori GearUp yang ekslusif kepada model ini, anda akan lebih menonjol dan menyerlah di khalayak ramai semasa memandu sedan kegemaran Malaysia,” kata Dato’ Dr Zahari.

Berdasarkan model Bezza 1.3 Premium X, model Limited Edition tampak menyerlah dengan warna Ivory White, kit GearUp dan spoiler dengan kemasan hitam matte.

Bahagian tempat duduk juga kelihatan garang dengan kemasan jahitan merah selain daripada sarung tempat duduk GearUp.

“Hanya 50 unit Perodua Bezza Limited Edition akan dikeluarkan, dan ianya hanya boleh ditempah di Malaysia Autoshow 2019 dari 11hb-14hb April di MAEPS. Kunjungi kami di sini dan jadi salah seorang daripada 50 pemilik bertuah model khas ini!” kata Dato’ Dr Zahari.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply