Curi Tayar Majikan, ‘Kantoi’ Dengan Rakan Baik Bos Sendiri

Kantoi secara umumnya bererti terbongkar atau terdedah, dan itulah yang berlaku terhadap dua individu dalam percubaan menjual 14 tayar lori milik majikan mereka.

Dua pekerja syarikat pengangkutan di Limbang, Sarawak ‘kantoi’ besar apabila individu yang mereka dekati untuk menjual tayar curi merupakan rakan baik terhadap
majikan mereka sendiri!

Menurut laporan See Hua, dua individu terbabit telah menghubungi James dalam percubaan untuk menjual tayar yang kemudiannya bertindak memaklumkan Chua bahawa dua pekerjanya sedang cuba menjual 14 tayar lori miliknya.

Selepas menerima maklumat tersebut, Chua bingkas membuat semakan terhadap inventori syarikat dan mendapati 10 tayar telah pun hilang sementara empat tayar lagi direkodkan hilang awal bulan ini.

Pihak polis terus membuat tangkapan sebaik urus niaga penjualan tayar curi itu diteruskan. Kedua-dua suspek dikenal pasti sebagai pemandu lori dan mekanik syarikat.

(SUMBER: See Hua)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply