Micro Sleep Antara Punca Utama Kemalangan – UKM

Masalah terlelap atau ‘micro sleep’ dikenal pasti antara punca utama kemalangan jalan raya, menurut Pakar Psikologi Trafik Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail.

Memetik laporan Berita Harian, micro sleep berlaku apabila pemandu dengan terlelap dengan tidak sengaja untuk beberapa saat sekaligus mampu mencetuskan kemalangan.

“Mico sleep tidak berlaku secara tiba-tiba sebaliknya berpunca daripada pelbagai faktor antaranya, tidak cukup tidur. Bila terlalu letih, badan kita tidak mampu berfungsi dengan baik.

“Apabila badan memasuki fasa relaks ketika memandu, badan cenderung untuk berehat lantas menyebabkan berlakunya micro sleep,” jelas Dr Rozmi.

Insiden micro sleep sudah menjadi kebiasaan apabila badan tidak mendapat rehat secukupnya di waktu malam.

Antara situasi yang biasa mencetuskan micro sleep adalah ketika menonton tv, memandu dan mengendalikan mesin.

Bagi memastikan pemanduan dilakukan dalam keadaan selamat pastikan anda perlu berhenti sebentar sekiranya mengalami tanda-tanda ini:

1. Tersasar dari lorong
2. Menguap berulang kali
3. Terlepas simpang
4. Kelopak mata layu

Cara terbaik untuk mengatasi masalah micro sleep adalah dengan memastikan badan mendapat rehat yang sewajarnya dengan tidur yang mencukupi (7-9 jam).

Baru-baru ini, bas membawa 43 pekerja asing MASkargo terlibat dalam kemalangan menuju ke tempat kerja apabila terjunam ke dalam longkang sedalam 10 meter lantas meragut 12 nyawa termasuk pemandu.

Laporan awal oleh pihak polis mendapati tiada kesan brek kecemasan di atas jalan raya sekaligus memberi bayangan pemandu mungkin terlelap.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.