Bidaan Bagi Memasukkan Litar Spa-Francorchamps Dalam Kalendar MotoGP dan EWC

Selekoh Eau-Rouge di litar Spa-Francorchamps
  • Litar Spa-Francorchamps di Belgium kini sedang dinaiktaraf untuk kejohanan MotoGP dan EWC.
  • Litar ini masih memegang rekod untuk perlumbaan GP motosikal terpantas.
  • Perlumbaan GP motosikal terakhir di litar berkenaan telah dilangsungkan pada tahun 1987.

Belgium kini sedang dalam usaha menaiktaraf litar Spa-Francorchamps untuk kejohanan MotoGP dan FIM Endurance World Championship (EWC).

Badan pentadbiran wilayah Wallonia telah mengumumkan bahawa litar tersebut telah mendapat pinjaman sebanyak €29.5 juta bagi menjadikan litar itu selamat bagi perlumbaan motosikal. Pinjaman ini adalah sebahagian daripada pakej kewangan €80 juta bagi menaiktaraf dan memodenkan litar berkenaan dan membawa kembali perlumbaan motosikal antarabangsa ke Belgium.

Objektifnya adalah untuk menganjurkan kejohanan WEC menjelang tahun 2022 dan MotoGP pada tahun 2024.

Menurut sumber, usaha menaiktaraf litar berkenaan adalah satu usaha yang mencabar kerana litar tersebut merentasi hutan Ardennes. Kawasan yang direntasinya itu merupakan kawasan yang dipenuhi pokok dan bukit yang curam. (“Battle of the Bulge” sewaktu Perang Dunia ke-2 berlaku di sekitar kawasan ini.) Dan dengan itu, ia tidak mempunyai ruangan ‘runoff’ yang banyak. Berada dalam hutan dan kawasan berbukit juga bermakna yang ia sering ditimpa hujan. Secara purata, ada 12 hari hujan dalam satu bulan.

Bagaimana pun, Spa-Francorchamps ini terkenal disebabkan kerana perlumbaan berkekelajuan tingginya. Eau Rouge, Radillon, dan Blanchimon adalah antara selekoh terpantas di antara keseluruhan litar. Dan digabungkan dengan kawasan ‘runoff’ yang terhad, penunggang tidak boleh melakukan sedikit pun kesilapan.

Litar Spa memegang rekod kelajuan purata terpantas dalam sejarah perlumbaan Grand Prix. Barry Sheene telah menyempurnakan pusingan di atas litar berkenaan dengan kelajuan purata 220.721 km/j, sewaktu ianya masih lagi berjarak 14.1 kilometer.

Perlumbaan motosikal GP terakhir di Spa adalah pada tahun 1987 selepas diadakan di sana sebanyak 40 kali. FIM merasakan yang litar itu terlalu bahaya memandangkan tidak kerja-kerja membaiki dijalankan. Ia menjadi litar untuk perlumbaan F1 semenjak itu.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]