- Model Royal Enfield Bullet 350 Trials dan Royal Enfield Bullet 500 Trials telah dilancarkan.
- Pelancarannya itu adalah susulan kepada video teaser sebuah motosikal yang ditunggang secara ‘off-road’.
- Kedua-dua buah model ini berasaskan kepada model Bullet 350 dan Bullet 500, tetapi dengan beberapa buah perbezaan.
Model Royal Enfield Bullet 350 Trial dan Royal Enfield Bullet 500 Trial telah dilancarkan, susulan kepada video usikan yang menunjukan motosikal ala scrambler yang ditunggang secara ‘off-road’.
Bagaimana pun, tidak seperti motosikal scrambler yang menjadi kegilaan masa kini, Royal Enfield telah melengkapkan motosikal-motosikal Bullet 350 dan Bullet 500 ini bagi penunggangan ‘off-road’.
Gelaran “Trials” pada namanya itu mungkin agak mengelirukan pada ketika ini. Ini kerana motosikal trial adalah motosikal yang kompak, ringan, dan tanpa pelana, yang digunakan bagi merentasi sebarang halangan.
Namun, motosikal “Trials” ini lebih membayangkan kepada motosikal ‘off-road’ ekstrim zaman 60-an.
Dan oleh kerana itu, kedua-dua motosikal Bullet Trials ini telah dilengkapi dengan ciri-ciri ‘off-road’ berbanding dengan motosikal kegunaan jalan raya. Model-model ini menggunakan roda hadapan 19 inci dan roda belakang 18 inci, dapra yang lebih pendek, peredam ekzos terjongket, pelana pautan pegas, dan rak bagasi di tempat pelana pembonceng.
Dari segi gaya, tangki bahanapi dan panelnya digarap dari model Bullet, begitu juga dengan enjinnya. Bagaimana pun, lampu hadapannya berbeza, serta palang pemegangnya juga lebih tinggi. Kerangka model 350 Trials dicat dengan warna merah, manakala bagi model 500 Trials dengan warna hijau.
Tampak ranggi bukan? Agak-agaknya ada tak sesiapa yang akan menunggangnya sewaktu acara Distinguished Gentleman’s Ride tahun ini?