- Kejohanan BMW Motorrad Race Trophy telah diteruskan bagi tahun 2019.
- Tahun ini adalah musim keenam siri perlumbaan ini.
- Siri ini akan menghadiahkan 30 peserta (penunggang BMW) teratas dalam anak tangga kedudukan.
Anda mungkin tidak pernah mendengar tentang pertandingan ini, tetapi, kejohanan BMW Motorrad Race Trophy akan memasuki musim keenamnya pada tahun 2019 ini.
Dalam pertandingan ini, 30 peserta teratas dalam anak tangga kedudukan BMW Motorrad Race Trophy (BMRT) akan dihadiahkan dengan trofi dan hadiah wang tunai. Terdapat juga hadiah buat para pasukan yang merangkul kejuaraan bagi kejohanan masing-masing, di samping kategori seperti “Best BMW Rider in Class”, dan “Newcomer of the Year”.
Bagaimanakah caranya? Kita ambil kejohanan “Pirelli Malaysia Superbike Championship” sebagai contoh. Kejohanan itu diklasifikasikan sebagai “peserta” dalam siri BMRT. Para penunggang yang mengemudi jentera BMW dalam kelas yang berbeza kemudiannya akan dibandingkan kedudukannya dengan para penunggang BMW yang lain, dalam kejohanan lain di seluruh dunia.
26 buah kategori kejohanan dalam 21 perlumbaan antarabangsa dan kebangsaan akan diklasifikasikan untuk kejohanan ini pada tahun 2019. Antara kejohanan- kejohanan tersebut adalah WorldSBK, Endurance World Championship, serta International Road Racing Championship (IIRC). Kejohanan yang baru ditambah adalah FIM European Superstock 1000 Cup dan Asia Road Racing Championship (ARRC). Kejohanan ARRC baharu sahaja memperkenalkan kelas superbike 1,000cc pada tahun ini.
Pendaftaran untuk BMRT ini akan bermula pada 30 Jun dan berakhir pada 17 November.
Untuk tahun, BMW akan menyediakan sejumlah €100,000 sebagai hadiah wang tunai untuk para peserta yang terbaik.
Sila layari laman sesawang rasmi kejohanan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut: https://www.bmw-motorrad-motorsport.com/en/overview
Siri Perlumbaan – BMW Motorrad Race Trophy 2019
- All Japan Road Race Championship (JP SBK)
- Alpe Adria International Motorcycle Championship (AA)
- Asia Road Racing Championship (ARRC)
- Australian Superbike Championship (ASBK)
- BMW Road Race Challenge (BMW RRC)
- British Superbike Championship (BSB)
- Canadian Superbike Championship (CSBK)
- FIM Endurance World Championship and Cup (EWC)
- FIM European Superstock 1000 Cup (EU STK)
- FIM Superbike World Championship (WorldSBK)
- French European Bikes Championship (FR EU)
- French Superbike Championship (FSBK)
- International German Motorcycle Championship (IDM)
- International Road Racing Championship (IRRC)
- Italian National Trophy 1000 (IT 1000)
- Italian Superbike Championship (CIV)
- Malaysia Superbike Championship (MSBK)
- MotoAmerica AMA Road Racing Series (MA)
- South African Superbike Championship (SA SBK)
- Spanish Superbike Championship (ESBK)
- SuperBike Brasil (BR SBK)