Insiden Lelaki Guna Motosikal Langgar Pasangan Wanita Dirakam Netizen!

Kita pernah lihat video rakaman insiden langgar lari, insiden ragut menggunakan motosikal tetapi bagaimana pula dengan melanggar pasangan wanita dengan sahaja menggunakan motosikal?

Rakaman video tersebut – yang menjadi viral di laman Twitter setelah dikongsikan seorang netizen – memaparkan pergaduhan pasangan lelaki dan wanita di tepi jalan.

Pada awalnya kelihatan seperti pertelingkahan biasa namun berubah menjadi insiden penderaan melampau apabila si lelaki bertindak membuat pusingan dengan motosikalnya lalu melanggar pasangan wanitanya itu!

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit turut bertindak memukul wanita itu sebelum kedua-duanya kembali ke atas motosikal dan berlalu pergi.

Rakaman tersebut telah dikongsi sebanyak 25,000 kali di Twitter dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Saksikan rakaman video penuh di bawah:

(SUMBER: Twitter Mina Azaini)

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply