Benelli RFS 150i Tampil Dengan Rekaan Grafik Lebih Garang!

Benelli RFS 150i SE

Ekoran sambutan hangat yang diterima sejak pelancaran Benelli RFS 150i dua tahun lalu, Mforce Bike Holdings kini memperkenalkan Benelli RFS 150i dengan grafik baharu yang lebih garang di samping mengekalkan harga yang berpatutan.

Jentera bersasaran 150cc semakin mendapat tempat di hati pengguna dua roda di Malaysia. Meskipun bersaing hebat dengan Yamah Y15 dan Honda RS150R namun penjualan RFS150i turut memberangsangkan ekoran harga yang ditawarkan adalah lebih kompetitif.

Benelli RFS 150i Black Standard

Pengenalan grafik baharu oleh Mforce ini dilihat bakal menarik lebih ramai penunggang motosikal selain daripada reka bentuk ekzos yang lebih bergaya.

Benelli RFS 150i Red Standard

Antara grafik yang diubah adalah di keseluruhan badan dan rim motosikal. Selain warna dan rekaan grafik, model dinaik taraf ini turut didatangkan dengan grip pendikit dan tuil brek boleh laras yang diperbuat daripada aloi ringan.

Harga baharu bagi RFS150i versi standard adalah RM7,238.00 sementara RM7,488.00 untuk versi SE. Kedua-dua harga dinyatakan adalah tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.