Naik Taraf Hon Motosikal, Penting Atau Tidak?

Menunggang motosikal mengundang lebih banyak bahaya berbanding memandu kereta namun jentera dua roda tetap menjadi pilihan orang ramai berdasarkan faktor harga dan mudah untuk bergerak.

Selain daripada faktor keselamatan yang berbeza dibandingkan dengan jentera empat roda, kekuatan bunyi hon juga berbeza.

Meskipun hon yang dibunyikan motosikal tidak sekuat kenderaan empat roda namun penunggang mengharapkan bunyi tersebut untuk memudahkan pergerakan, terutamanya ketika jalan raya sesak dan ketika menyelinap di antara dua kenderaan lain.

Meskipun hon memainkan peranan penting bagi penunggang motosikal namun hakikatnya, ia menjadi perkara terakhir yang akan diubahsuai jika dibandingkan dengan bahagian lain.

Bagaimanapun, bukan kerja mudah untuk memasang hon lain kerana hon ‘aftermarket’ menggunakan aliran elektrik yang lebih tinggi berbanding hon kilang di samping perlu memastikan suis hon dan segala pendawaian terlindung daripada bebanan elektrik.

Jika anda tidak memiliki sebarang ilmu atau pengalaman pendawaian, usah bimbang kerana pernukaran hon mampu menjadi projek untuk mengenali pendawaian motosikal.

Kebanyakan hon ‘aftermarket’ adalah jenis PNP (plug & play) – tidak perlu potong atau usik pendawaian motosikal sedia ada – sekaligus mudah untuk mekanik segera melakukan penukaran sendiri.

Pada masa sama, anda juga tidak perlu menghantar motosikal ke bengkel terdekat sekaligus dapat menjimatkan wang.

Apa yang anda perlu ingat adalah hon ‘aftermarket’memiliki bunyi lebih kuat dan ini bermakna ia menggunakan aliran elektrik yang lebih tinggi jadi diingatkan untuk memastikan pendawaian dilakukan dengan kemas agar tidak mencairkan wayar.

Seperti biasa, jika anda bukan jenis yang rajin, hantar sahaja ke bengkel terdekat dan biar pakar yang melakukannya, kerana pada penghujung hari, apa sahaja modifikasi atau pengubahsuaian bagi meningkatkan keselamatan adalah satu pelaburan yang berbaloi.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply