Lanjutkan Waranti Bateri Hibrid Dengan Hanya RM2,688

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya buka mulut mengenai isu masalah bateri hibrid bagi model E300 BlueTEC Hybrid apabila memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty.

Dijual pada tahun 2015, ramai pemilik E300 BlueTEC Hybrid meluahkan rasa kurang senang apabila nilai kenderaan itu jatuh mendadak ekoraan timbul laporan kos untuk menggantikan bateri kenderaan tersebut mencecah RM120,000.

Mengenalpasti masalah disuarakan pemilik Mercedes,  MBM memperkenalkan program Hybrid Battery Extended Warranty dimana pemilik kenderaan E300 BlueTEC Hybrid dan S400 hanya perlu membayar RM2,688 untuk melanjutkan waranti kenderaan sehingga empat tahun.

Waranti tersebut menyediakan perlindungan menyeluruh untuk memperbaiki atau menggantikan bateri hybrid sehingga lapan tahun atau 180,000 kilometer. (mana yang sampai dahulu)

Selain itu, MBM turut mengumumkan bahawa harga baharu bagi menggantikan bateri E300 BlueTEC Hybrid adalah RM50,000 dan RM65,000 bagi model S400.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Bantuan Pelanggan di: 1-800-88-1333.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply