F1: Mata Bonus Untuk Pelumba Terpantas

Menjelang saingan pembukaan Formula 1 minggu ini di Australia, Suruhanya Formula 1 mengumumkan bahawa pelumba yang berjaya mencatat masa terpantas akan dianugerahkan dengan kutipan mata bonus.

Pengumuman yang dibuat semalam itu menjelaskan kutipan mata bonus itu akan dianugerahkan kepada pemandu dan pasukan yang berjaya mencatat masa terpantas dengan syarat mereka berjaya menamatkan perlumbaan dikedudukan 10 terbaik.

Suruhanya Formula 1 meluluskan usul tersebut yang kemudiannya disahkan Majlis Sukan Permotoran Dunia.

Perkara tersebut akan dilaksanakan di GP Australia hujung minggu tatkala Lewis Hamilton akan memulakan cabaran mempertahankan kejuaraan.

Kredit foto: Twitter Formula 1

Musim lalu, rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas memenangi Anugerah Pusingan Terpantas selepas mencatat masa terpantas dalam tujuh perlumbaan.