SDAP Buka Kedai Pop-Up Porsche di Pulau Pinang

 

Sime Darby Auto Performance (SDAP), pengimport rasmi kenderaan Porsche di Malaysia telah membuka kedai ‘pop-up’pertama di pusat bandaraya Pulau Pinang. Kedai tersebut terletak di pusat membeli-belah Gurney Paragon di Jalan Kelawai.

Peminat Porsche yang bertandang ke kedai pop-up tersebut akan disajikan dengan suasana mewah sambil menikmati secawan kopi gourmet ketika meninjau kereta yang terdapat di situ.

Selain itu, pengunjung turut diberi peluang memandu uji jentera Porsche yang disediakan – dengan syarat membuat temu janji lebih awal dengan Pusat Porsche Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, pakaian dan aksesori Porsche Driver Selection turut boleh didapati di kedai tersebut.

“Sebagai komitmen kami untuk menyediakan pengalaman unik dan tidak ternilai kepada pemilik Porsche di bahagian Utara, kedai ‘pop-up’ kami menawarkan servis ‘drop-off’- selepas mengadakan temu janji – sekiranya pemilik mahu menyelenggara kereta mereka. Pelanggan boleh meninggalkan kereta mereka sementara kami akan menguruskan penghantaran dan servis di Pusat Porsche Pulau Pinang,”jelas Ketua Pengarah Eksekutif SDAP, Christopher Hunter.

Kedai tersebut turut bakal menampilkan model 718 Cayman SportDesign Series yang baru dilancarkan. Siri terbaru itu merupakan model paling menyerlah dalam barisan 718 lain bukan sahaja daripada aspek prestasi bahkan reka bentuk dan gaya.

Dijual pada harga RM625,000 dengan hanya terhad kepada 15 unit sahaja, model 718 Cayman SportDesign didatangkan dengan waranti empat tahun dan pakej penyelenggaraan percuma.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.