Honda Jazz Mugen & BR-V Special Edition dilancarkan! Dari RM88,600

Honda Malaysia telah memperkenalkan dua model edisi terhad yang pasti akan menarik lebih ramai peminat kepada jenama pengeluar kereta terkemuka tersebut. Bagi 2019, Honda Jazz Mugen dan juga Honda BR-V Special Edition boleh didapati mulai sekarang.

Bagi mereka yang berminat kepada model Jazz, kini terdapat varian edisi terhad iaitu Honda Jazz Mugen 2019. Hanya 300 unit sahaja akan dipasarkan di Malaysia dan ia telah ditambahbaikkan lagi dengan penggayaan ‘sporty’ dari Mugen.

Kit badan kereta dari Mugen untuk Honda Jazz 2019 edisi terhad ini merangkumi beberapa bahagian menarik di seluruh bahagian kereta seperti bampar aero depan baharu bersama lampu kabus LED, gril depan sport dan juga hiasan bahagian ‘tailgate’. Kit badan ini juga mempunyai spoiler bawah bahagian sisi, belakang dan juga ‘tailgate’ untuk memberi sebuah imej Honda Jazz yang lebih garang dan ‘sporty’ bagi para peminat di dalam negara.

Honda Malaysia akan menawarkan model Honda Jazz Mugen 2019 pada harga RM88,600 untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 untuk warna White Orchid Pearl (harga atas jalan tanpa insurans). Hanya 300 unit sahaja yang terdapat untuk pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang inginkan lebih ruang dan juga kasiti penumpang yang lebih ramai, Honda Malaysia juga menawarkan Honda BR-V Special Edition 2019 yang didatangkan dengan beberapa tambahan menarik. Model ini juga merupakan model edisi terhad kepada 300 unit sahaja seperti Jazz Mugen.

Model ‘crossover’ tujuh tempat duduk edisi khas ini didatangi dengan tailgate spoiler, running board dan side step garnish. Bagi sistem infotainmen, sistem saiz 6.8-inci memberi sambungan telefon pintar untuk kesenangan para pemandu ketika di jalan raya.

Terdapat dua warna menarik bagi model edisi terhad Honda BR-V Special Edition 2019 iaitu Passion Red Pearl pada harga RM90,700 dan White Orchid Pearl pada harga RM91,000 (harga atas jalan tanpa insurans). Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau kunjungi pusat pameran rasmi mereka di seluruh negara.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply