WorldSBK 2019: Pasukan Moriwaki Althea Honda Factory Team Perkenalkan Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2

  • Honda bakal menyahut cabaran WorldSBK musim 2019 dengan jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2.
  • Pasukan Moriwaki Althea Honda yang baharu akan mendapat sokongan penuh pengilang berkenaan.
  • Barisan penunggang pasukan ini terdiri daripada Ryuichi Kiyonari dan Leon Camier.

Jentera Honda CBR1000RR Fireblade SP2 WorldSBK 2019 bakal menjadi pertaruhan pasukan pengilang Honda yang baharu, Moriwaki Althea Honda.

Barisan penunggang pasukan berkenaan, Leon Camier dan Ryuichi Kiyonari telah memperkenalkan jentera baharu berkenaan di Phillip Island. Pelancaran motosikal baharu ini telah mengambil tempat beberapa jam sebelum bermulanya ujian pra musim terakhir di litar berkenaan. Ia juga hanya tinggal beberapa hari sebelum bermulanya kejohanan WorldSBK bagi musim 2019.

Penyertaan kali ini menandakan kembalinya semula Honda dalam kejohanan WorldSBK sebagai pasukan pengilang sejak tahun 2002 sewaktu Colin Edwards
memenangi kejuaraan WorldSBK. Pasukan ini, kini dikenali dengan nama Moriwaki Althea Honda, akan mengambil alih cabaran dari Ten Kate Honda yang telah membawa cabaran bagi pengeluar dari Jepun itu sejak tahun 2004. Tindakan yang menarik perhatian ramai ini memaksa Ten Kate keluar dari pasukan berkenaan, di mana dia kemudiannya telah mengisytiharkan kemuflisan.

Langkah yang diambil Honda itu mungkin agak keterlaluan, namun, ini adalah kerana syarika Moriwaki Engineering yang bertapak di Suzuka itu memiliki rekod yang cemerlang dalam membuahkan kejayaan buat Honda. Moriwaki mula bertanding dalam kejohanan “All-Japan Superbike Championship” menggunakan tayar Pirelli (seperti yang digunakan dalam WorldSBK) sejak tahun 2016 dengan harapan untuk menggunakan pengalaman tersebut bagi memberi manfaat kepada mereka di pentas dunia.

Kiyonari telah menandatangani perjanjian dengan pasukan ini pada tahun 2017. Dia merupakan bekas juara kejohanan “British Superbike” dan juga pemenang perlumbaan WorldSBK.

Pasukan KYB Moriwaki Motul Racing Team telah menamatkan perlumbaan ketahanan “Suzuka 8 Hour 2018” di tempat ke-lapan keseluruhan bersama Kiyonari dan Yuki Takahashi(di belakang pasukan Honda Asia Dream Racing Team yang dibarisi penunggang negara, Zaqhwan Zaidi).

Leon Camier pula telah menyertai pasukan ini setelah bersama MV Agusta selama tiga musim

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]