Hafizh Syahrin Gondol Anugerah Petronas International Rider of the Year

  • Hafizh Syahrin telah memenangi anugerah “Petronas International Rider of the Year” bagi tahun 2018.
  • Pengumuman tersebut telah dibuat sewaktu majlis anugerah “Petronas SIC Motorsport Association of Malaysia (MAM) 2018” pada hari Selasa, 12 Februari 2019.
  • Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga telah dianugerahkan dengan “Lifetime Achievement Award”.

Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin, telah mengondol anugerah “Petronas International Rider of the Year” sewaktu majlis anugerah “Petronas SIC Motorsports Association Malaysia (MAM) 2018” pada hari Selasa, 12 Februari 2019.

Dia turut menerima anugerah “Malaysia Motorsport People’s Choice”. Calon dan pemenang bagi kategori ini telah ditentukan oleh para peminat melalui satu undian atas talian.

Hafizh telah mencipta sejarah sebagai penunggang MotoGP tetap pertama Malaysia pada tahun 2018 apabila dia telah dipilih oleh Herve Poncharal untuk menyertai pasukan Monster Energy Yamaha Tech 3-nya. Prestasi konsisten Hafizh membolehkannya mendahului cabaran untuk meraih gelaran “Rookie of the year” sebelum beberapa buah kemalangan memaksanya melepaskan gelaran itu kepada juara Moto2 2017, Franco Morbidelli, dengan perbezaan sekadar empat mata sahaja. Keputusan terbaik Hafizh adalah menduduki tempat ke-sembilan di Argentina setelah bermula dari tempat ke-23. Namun, keputusan yang paling beremosi sudah pasti di Malaysia di mana dia bermula dari tempat terakhir atas grid dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat yang ke-sepuluh.

Bintang sukan permotoran Malaysia yang lain turut diraikan dalam majlis gala ini.

Penunggang motosikal, Danial Syahni Shahril telah dianugerahkan dengan Anugerah “KBS Motorsports Development” yang disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq. Danial hampir sahaja memenangi perlumbaan terakhir Asia Talent Cup di SIC ketika seorang pesaing telah bergeser dengan jenteranya. Pertembungan itu telah menyebabkannya terjatuh ke atas laluan seorang penunggang yang lain yang telah menggelek kakinya. Danial telah memberikan ucapan yang penuh emosi, “Saya telah berada di dalam hospital sejak tiga bulan yang lalu. Pada malam ini, inilah hari pertama saya keluar dari hospital.” Penunggang yang menyebabkan kemalangan tersebut telah dikenakan penalti dan kalah perlumbaan berkenaan dan juga takhta ATC kepada pesaingnya Billy Van Eerde.

Untuk kereta pula, Jazeman Jaafar telah memenangi anugerah “Petronas International Driver of the Year” bersama dengan Nabil Jeffri dan Weiron Tan.

Mereka bertiga merupakan pasukan pemandu pertama dari Malaysia yang memenangi pusingan dalam kejohanan “World Endurance Championship” di perlumbaan ‘6 Hours of Fuji”. Mereka dengan ini telah melayakkan diri untuk memasuki “Malaysia Motorsports Hall of Fame 2018”.

Sejumlah 14 buah anugerah kompetitif telah dipersembahkan kepada pasukan dan individu sepanjang majlis berkenaan. Selain itu, enam orang kehormat telah menyertai “Hall of Fame”, antaranya adalah Kuan Huah Chin, atau lebih dikenali sebagai Bulldog Kuan; pemandu go-kart Ng Wai Leong; dan jurupandu rali, Allen Oh.

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dianugerahkan dengan “Lifetime Achievement Award” atas peranan beliau dalam mengangkat Malaysia ke aras automotif dan sukan permotoran yang lebih tinggi. Tun juga bertanggungjawab memulakan projek kereta nasional pertama, Proton, dan juga telah membangunkan Litar Antarabangsa Sepang.

Pemenang Anugerah

Lifetime Achievement Award: Tun Dr Mahathir Mohamad
Inductees into the Malaysian Motorsports Hall of Fame: Allen Oh, Ng Wai Leong, Jazeman Jaafar, Nabil Jeffri, Weiron Tan, Kuan Huah Chin (Bulldog Kuan)
Petronas International Driver of the Year: Jazeman Jaafar (WEC)
Petronas International Rider of the Year: Hafizh Syahrin Abdullah (MotoGP)
SIC Best National Driver of the Year: Mark Darwin
SIC Best National Rider of the Year: Muhammad Helmi Azman
SIC Best National Team (2 Wheels): SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing
SIC Best National Team (4 Wheels): Dream Chaser
Most Inspiring Female Motorsports Athlete: Leona Chin
SIC Best e-Motorsport Athlete: Ady Rahimy & Angeline Lee
Most Improved Driver of the Year: Brendan Paul Anthony
Most Improved Rider of the Year: Danial Syahmi Shahril
KBS Motorsports Development Award: Danial Syahmi Shahril
Malaysia Motorsports People’s Choice Award: Hafizh Syahrin Abdullah
SIC-MAM-SAM Media Award (Best Journalist): Sukhairi Thani – Berita Harian
SIC-MAM-SAM Media Award (Best Photographer): Ridzuan Rizal Ahmad – Utusan Malaysia
SIC-MAM-SAM Media Award (Best Electronic Media): Hasnida Hanim Ahmad Kamil and Aji Saregar – TV3

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply