UMW Toyota Sdn Bhd iaitu pengedar kenderaan Toyota di Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa model Toyota Camry 2019 dianugerahkan dengan penarafan 5 bintang pada hasil ujian kemalangan kereta baru negara-negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) baru-baru ini.
Pengumuman itu dibuat pada majlis pelancaran Garis Panduan Pematuhan Pelabelan ASEAN NCAP 2019 untuk Malaysia oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail. Ia akan menjadi mandatori bagi pengeluar untuk memaparkan label penarafan ASEAN NCAP pada kenderaan mereka mulai dari 1 Mac 2020, untuk memastikan pengguna menyedari penilaian NCAP kenderaan yang ingin dibeli
Model Toyota Camry 2019 generasi baharu yang baru sahaja dilancarkan pada Disember tahun lepas menerima 49.04 mata untuk Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), 22.68 mata untuk Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) dan penilaian 19.75 untuk penilaian Keselamatan Membantu Teknologi (SAT).
Dengan aspek-aspek lain yang telah diambilkira termasuk pencegahan pemecahan yang berkesan, peringatan tali pinggang keledar, teknologi tempat buta dan teknologi bantuan keselamatan yang maju, Toyota Camry 2019 menerima penarafan 5-Bintang dengan skor keseluruhan 91.47 mata.
Direka semula bentuk sepenuhnya untuk model generasi ke-8 sejak ia mula diperkenalkan di pasaran negara pada awal 1990-an, model terkini Camry boleh didapati dalam varian 2.5V, inspirasi gaya bentuk Toyota New Global Architecture (TNGA) dan juga Toyota Safety Sense yang mempunyai spesifikasi keselamatan seperti:
- Pre-collision warning
- Lane Departure Alert (LDA)
- Steering Assist
- Dynamic Radar Cruise Control (DRCC)
- Automatic High Beam (AHB)
Untuk maklumat lanjut mengenai Toyota Camry 2019, layari www.toyota.com.my atau kunjungi pusat pameran rasmi UMW Toyota di seluruh negara.