Ford F-Series Super Duty 2020 dilancarkan di Amerika Syarikat

Ford F-450 2020

Pasaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang paling menarik lebih-lebih bagi dalam segmen trak pikap. Antara kriteria yang diberikan keutamaan bagi golongan ‘mat salleh’ disana adalah saiz dan juga kuasa. Dengan itu, Ford America telah melancarkan generasi terkini Ford F-Series Super Duty 2020 yang merangkumi tiga model trak pikap gergasi iaitu F-250, F-350 dan F-450.

Ford F-250 2020 King Ranch

Bagi generasi terkini siri model F-Series Super Duty ini, Ford telah mengembalikan dua pilihan enjin jenis V8 yang paling besar dan berkuasa iaitu 7.3-liter petrol V8 dan 6.7-liter Power Stroke® diesel V8. Ketiga-tiga varian baharu F-Series Super Duty dilengkapi dengan sistem transmisi automatik 10-kelajuan TorqShift® baharu.

Ford F-350 2020

Gabungan enjin dan transmisi memastikan ‘powertrain’ berfungsi dengan lancar dengan semua komponen rangka dan juga segala kalibrasi bahagian kenderaan yang lain. Enjin 7.3 liter petrol V8 ini menghasilkan prestasi tinggi dalam pakej yang padat dan dijangka enjin V8 petrol paling berkuasa di kelasnya. Ini memberikan ketahanan, kemudahan penyelenggaraan, dan keupayaan menunda dan muatan pelanggan yang tinggi.

Pilihan enjin 6.7 liter diesel V8 generasi ketiga mempunyai sistem suntikan bahan api baru dengan keupayaan 36,000-psi kuasa penyuntik serba yang tepat meter dan menyembur sehingga lapan kali setiap strok untuk mengawal tahap bunyi dan mengoptimumkan pembakaran. Unit turbo baharu dan sistem elektronik menyediakan peningkatan kecekapan pam dan tindak balas pendikit.

Para pelanggan juga masih mempunyai pilihan untuk mengekalkan pilihan enjin standard 6.2-liter petrol V8 dengan pakej harga tawaran yang lebih rendah.

Bagi model 2020, semua model F-Series Super Duty 2020 juga didatangkan dengan kebolehan ‘Pro Trailer Backup Assist’ yang memberi kawalan pengendalian tertinggi walaupun treler terbesar ke dalam ruang yang lebih sempit.

Dengan menggunakan roda stereng dan tambahan tombol sokongan ‘Pro Trailer Backup Assist’, pemandu kini lebih mudah untuk mengarah treler melalui kamera terbalik. Sistem ‘Trailer Reverse Guidance’ menunjukkan sudut dan arah treler, dan memberikan cadangan pemandu untuk mengendalikan treler yang paling efisien.

Spesifikasi menarik yang lain adalah:

  • FordPass Connect™ dengan 4G LTE modem dan Wi-Fi
  • Blind Spot Information System
  • Pre-Collision Assist dengan Automatic Emergency Braking dan Pedestrian Detection
  • Wireless charging
  • Port USB-C
  • Reka bentuk bahagian hadapan baharu dengan peningkatan sistem penyejukan dan pencahayaan
  • Reka bentuk kabin baharu

Setakat ini, Ford masih belum mengeluarkan senarai harga bagi mana-mana model F-Series Super Duty 2020 tetapi ia akan mula dijual di pasaran Amerika mulai musim luruh. Pasaran Malaysia? Boleh layan Ford Ranger Raptor atau Sutton CS3500 Monster Truck dulu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply