- FIM sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara penunggangan Trial-E.
- Para penunggang motosikal trial adalah atlit yang mempunyai berkebolehan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka untuk mengatasi sebarang halangan.
- Jika diterima, acara Trial-E akan menjadi sukan permotoran yang pertama dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.
FIM (Federation Internationale de Motorcyclisme) sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara motosikal trial elektrik dalam Sukan Olimpik.
Penunggangan Trial adalah sebuah acara sukan permotoran yang mengagumkan di mana para pesaing mencabar diri mengharungi halangan yang tampak agak mustahil. Dan dengan itu, para penunggang ini adalah atlit sejati yang telh menjalani latihan dan persediaan yang mengambil masa bertahun lamanya.
FIM telah pun menganjurkan siri kejohanan E-Trial mereka sendiri, sebagai sebahagian daripada kejohanan “Trial World Championship”. Para penunggang menunggang motosikal trial elektrik dalam siri kejohanan E-Trial ini, yang mana ianya telah diperkenalkan pada tahun 2017.
Dan atas sebab ini, FIM berharap yang IOC akan menyertakan acara Trial-E dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.
Setiap kali berlangsungnya Sukan Olimpik, akan ada sukan-sukan baharu yang akan diperkenalkan. Sebagai contoh, sukan besbol, sofbal, sukan luncur, sukan memanjat, karate dan papan luncur akan diperkenalkan pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Bagi membolehkan sesuatu sukan baharu itu diperkenalkan di Olimpik, IOC menyatakan bahawa sukan tersebut mesti menjurus kepada warga remaja, boleh disertai oleh lelaki dan juga wanita, bersifat mapan, menakjubkan, boleh dimainkan di ke semua benua, dan tidak memerlukan infrastruktur baharu. Berdasarkan ciri-ciri tersebut, ternyata penunggangan trial memenuhi ke semua kriteria berkenaan.
Presiden IOC, Jorge Viegas, berkata, “Kami yakin yang Sukan Olimpik di Paris pada tahun 2024 melambangkan peluang yang unik dan bersejarah yang membolehkan Trial-E untuk menjadi disiplin sukan permotoran pertama yang menjadi sebahagian daripada Sukan Olimpik. Penyertaan perdana ini akan menjadi asas bagi sebuah hubungan yang kukuh yang akan merapatkan lagi FIM, IOC dan seluruh keluarga Olimpik untuk tahun-tahun yang akan datang.”
Trial-E akan menjadi sukan permotoran pertama dalam Olimpik sekiranya ianya diterima. Negara kita Malaysia turut mempunyai penunggang trial yang ternama, Acoi Pangkolo.