- Husqvarna kini turut menceburi segmen motosikal jalan raya.
- Model-model Husqvarna Vitpilen 701, Husqvarna Vitpilen 401, dan Husqvarna Svartpilen 401 telah tiba di Malaysia.
- Setiap model ini memenuhi keperluan sub kategori yang berbeza, walaupun ia berkongsi platform enjin yang sama.
Husqvarna adalah sebuah jenama yang cukup dikenali untuk tawaran motosikal ‘dirt bike’ mereka, namun, baru-baru ini, pengeluar berkenaan telah mengembangkan tawaran mereka kepada motosikal kegunaan jalan raya. Model-model yang baharu dilancarkan, Husqvarna Vitpilen 401, Husqvarna Vitpilen 701, dan juga Husqvarna Svartpilen 401 telah tiba di Malaysia.
Jenama dari Sweden ini kini berada di bawah naungan KTM. Mereka menghasilkan rangkaian motosikal mereka sendiri, dan enjin mereka berkongsi ciri kejuruteraan yang sama seperti KTM.
Kami telah menemui motosikal-motosikal ini telah disenaraikan di dalam laman Facebook Chia Motor PJ. Jadi, sila rujuk pada pautan yang disertakan bagi mendapatkan maklumat selanjutnya.
Husqvarna Vitpilen 401 (Harga bermula dari RM44,500)
Husqvarna mempersembahkan model Vitpilen 401 ini sebagai sebuah pendekatan yang ringkas dan baharu untuk permotosikalan. Ianya tidak ketara dan bertumpu kepada gaya, tanpa sebarang bahagian yang tidak diperlukan.
Itu adalah skrip syarikat berkenaan, hasil kerja penulis iklan. Kami melihat motosikal ini sebagai sebuah interpretasi moden bagi sebuah motosikal café racer yang malar segar.
Tarikannya
- Enjin satu silinder, sejukan cecair, 373cc.
- Menghasilkan 44hp (32kW) dan 37Nm tork.
- Sistem pengurusan enjin (EMS) suntikan bahanapi Bosch.
- Pendikit ‘Ride-by-Wire’.
- Transmisi enam kelajuan.
- Klac bantu dan gelincir PASC.
- Kerangka keluli trellis.
- Fork terbalik WP.
- Penyerap hentakan belakang tunggal WP.
- Cakera brek hadapan dan belakang BYBRE.
- ABS dwi saluran Bosch 9M+.
- Roda berjejari.
- Berat bersih 148kg.
Husqvarna Vitpilen 701 (harga bermula dari RM68,500)
Seperti mana yang boleh kita agak dari namanya, model Vitpilen 701 ini adalah model yang lebih berkuasa berbanding Vitpilen 401. Selain itu, ia juga tampil dengan pelbagai komponen dan juga penggayaan yang berbeza.
Tarikannya
- Enjin satu silinder, sejukan cecair, 692.7cc.
- Ia menghasilkan 75hp (55kW) dan 72Nm tork.
- EMS Keihin.
- Pendikit ‘Ride-by-Wire’.
- Kawalan cengkaman.
- Quickshifter dwi arah.
- Transmisi enam kelajuan.
- Klac bantu dan gelincir APTC, diaktuasi secara hidraulik.
- Kerangka keluli trellis.
- Fork terbalik boleh laras sepenuhnya WP.
- Penyerap hentakan belakang tunggal boleh laras sepenuhnya WP.
- Cakera brek hadapan dan belakang Brembo.
- ABS dwi saluran Bosch 9M+.
- Roda tempa.
- Berat bersih 157kg.
Husqvarna Svartpilen 401 (Harga bermula dari RM44,500)
Model Svartpilen 401 adalah motosikal ‘scrambler’ dalam rangkaian ini, dengan palang pemegang yang lebih tinggi dan tayar ‘knobby’. Alurnya mirip dengan yang ada pada model Vitpilen 401 namun dengan perbezaan yang halus. Pelananya juga lebih panjang dan rendah.
Tarikannya
- Enjin satu silinder, sejukan cecair, 373cc.
- Menghasilkan 44hp (32kW) dan 37Nm tork.
- EMS suntikan bahanapi Bosch.
- Pendikit ‘Ride-by-Wire’.
- Transmisi enam kelajuan.
- Klac bantu dan gelincir PASC.
- Kerangka keluli trellis.
- Fork terbalik WP.
- Penyerap hentakan belakang tunggal WP.
- Cakera brek hadapan dan belakang BYBRE.
- ABS dwi saluran Bosch 9M+.
- Roda berjejari.
- Berat bersih 150kg.