- Model Yamaha MT-07 Tracer tidak hadir dalam rangkaian Hong Leong Yamaha Motor.
- Adakah kita akan menyaksikan model ini dilancarkan sewaktu Persidangan Pengedar Yamaha pada hujung bulan ini?
- Atau adakah kita akan menyaksikan kehadiran motosikal MT-09 Tracer GT?
Ada satu model yang tidak ditampilkan dalam rangkaian motosikal berkapasiti tinggi Hong Leong Yamaha Motor – model MT-07 Tracer.
Kini kita sudah menghampiri penghujung bulan Januari, waktu di mana berlangsungnya Persidangan Tahunan Pengedar HLYM. Persidangan ini selalunya diadakan di Genting Highlands dan dihadiri oleh para pengedar Yamaha dari seluruh Malaysia. Dan oleh kerana itu, ianya masa yang terbaik bagi melancarkan model yang baharu.
Bagaimana pun, model MT-07 Tracer (atau dikenali sebagai Tracer 700 di negara-negara lain) masih belum kelihatan di Malaysia sejak kemunculan sulungnya pada tahun 2016.
Sebaliknya, model MT-09 Tracer adalah versi sport-touring bagi motosikal lumba naked MT-09. Bagi memenuhi peranan tersebut, ianya dilengkapkan dengan reraup atas dan lampu hadapan berganda, penghadang angin yang tinggi, pelindung tangan, dan pelana pembonceng yang lebih rata.
Dan dengan itu, Yamaha juga telah melengkapkan motosikal MT-07 Tracer dengan kelengkapan yang sama seperti saudaranya lebih besar itu. Iaitu reraup atas dengan lampu hadapan berganda, penghadang angin yang tinggi, pelindung tangan dan pelana pembonceng yang lebih rata.
Model MT-07 ini dikenali untuk daya kilas tahap rendah dan sederhananya, keringkasan pengendaliannya dan ketinggian pelana yang rendah. Oleh kerana itu, ia merupakan platfrom yang hebat bagi sebuah versi sport-touring.
Namun begitu, ada versi yang lain bagi kedua-dua model Tracer berkenaan, iaitu MT-09 Tracer GT dan MT-07 Tracer GT. Varian-varian ini dilengkapi dengan beg sisi (pannier) berwarna sedondon, selain daripada penghadang angin yang lebih besar dan boleh dilaras.
Adakah kita akan menyaksikan kemunculan MT-07 Tracer atau kedua-dua varian GT di Genting? Teruskan bersama kami untuk mengetahui perkembangannya!