Honda HR-V 2019 dilancarkan! Dari RM108,800

Honda Malaysia telah mengejutkan pasaran negara dengan melancarkan Honda HR-V 2019 hari ini. Terdapat empat varian menarik yang telah dilancarkan dan model yang paling dinanti-nantikan merupakan Honda HR-V Sport Hybrid i-DCD dan juga Honda HR-V RS selain dari model V dan E.

Model HR-V Hybrid Sport Hybrid i-DCD merupakan model kompak SUV hibrid pertama di Malaysia dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC dengan Direct Injection yang memberi peningkatan prestasi kenderaan dengan kecekapan bahan api cemerlang. Ini digabungkan dengan Transmisi Dual-Clutch 7-kelajuan dan Motor Kuasa Bersepadu (Integrated High Power Motor).

Gabungan enjin dan motor yang dibantu oleh Bateri Lithium-Ion berkuasa tinggi memberikan kuasa Hibrid yang sama dengan enjin 2.0L dengan respon cepat dan pemanduan yang berkuasa. Sistem i-DCD Sport Hybrid membolehkan kenderaan untuk memindahkan kuasa dari bateri ke motor semasa EV Mode yang menghasilkan pemacu cekap.

Sistem ini juga mengandungi Sistem Brek Servo Elektrik untuk penjanaan tenaga yang lebih baik dan sistem penyaman udara elektrk untuk keselesaan pemandu dan penumpang. Ciri-ciri eksklusif Hybrid lain termasuk Paparan Maklumat Meter Cluster 3D Illuminated 3D, Shift by Wire dan Mod Sukan.

Selain varian Hibrid, Honda Malaysia juga melancarkan varian RS untuk melengkapkan keluarga HR-V dengan 4 varian berbeza iaitu Hybrid, RS, V dan E. Inilah kali pertama model RS diperkenalkan di Malaysia dan sehingga kini, Honda Malaysia telah menerima lebih daripada 4,600 tempahan untuk HR-V baharu ini.

HR-V RS yang baru ini dikuasakan oleh enjin 1.8L SOHC i-VTEC yang digabungkan dengan sistem Honda Earth Dreams Technology Continuous Variable Transmission (CVT) Honda yang menyampaikan kecekapan prestasi dan penggunaan bahan api. Ia juga dilengkapi dengan ciri baru yang menarik seperti sistem Variable Gear Ratio (VGR) untuk pemanduan yang lebih ‘sporty, roda aloi dua tona 18-inci, reka bentuk menarik gaya sukan dan banyak lagi.

Ciri-ciri menarik yang lain (termasuk aspek keselamatan) bagi model Honda HR-V baharu adalah:

  • Multi-Angle Rearview Camera
  • 8-Way Driver Power Seat (V & RS)
  • Tempat duduk kulit (V & RS)
  • Honda LaneWatch camera (V & RS)
  • Cruise Control
  • Paddle Shift
  • Enam beg udara
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • ISOFIX

Berikut adalah harga tawaran dari Honda Malaysia (harga atas jalan tanpa insurans):

  • E – RM108,800
  • V – RM118,800
  • Sport Hybrid i-DCD – RM120,800
  • RS – RM124,800

Terdapat lima warna pilihan (mengikut varian) iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, Ruse Black Metallic, dan White Orchid Pearl. Untuk sebarang maklumat lanjut, kunjungi mana-mana pusat pameran Rasmi Honda Malaysia atau layari www.honda.com.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply