Volvo Trucks Malaysia sumbang RM10,650 untuk mangsa tragedi Palu, Indonesia

Tragedi gempa bumi dan tsunami yang melanda bumi Palu, Indonesia pada 28 September 2018 lepas telah meragut hampir 2,000 nyawa dan ramai lagi cedera parah. Dalam usaha untuk membantu mangsa bencana, Volvo Trucks Malaysia telah menyumbangkan RM 10,650 kepada Mercy Malaysia iaitu sebuah organisasi bantuan kemanusiaan berdedikasi untuk membantu mereka yang memerlukan sokongan di Palu.

Lebih dari 70,000 rumah telah musnah dalam nahas tersebut dimana ia berpunca dari satu gempa bumi bermagnitud 7.5 di skala Richter. Gempa bumi ini juga menghasilkan gelombang tsunami setinggi enam meter yang telah menghentam Sulawesi selaju 80km/j.

Bagi mereka yang berjaya menyelamatkan diri, usaha untuk segala jenis bantuan dan penyelamatan masih dijalankan sehingga hari ini dimana terdapat banyak kerosakan besar lebih-lebih lagi terhadap struktur di bahagian bandar tepi pantai.

Sumbangan dari Volvo Trucks Malaysia telah disampaikan kepada Pengarah Eksekutif Mercy Malaysia, Encik Amran Mahzan dari Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Encik Mitch Peden. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.volvotrucks.my.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply