Pameran ‘Michael 50’ kini dibuka di Muzium Ferrari!

Perhatian kepada semua peminat pelumba Formula 1 Michael Schumacher! Sempena sambut hari kelahiran beliau yang ke-50, Muzium Ferrari telah membuka sebuah pameran istimewa iaitu ‘Michael 50’. Pelumba F1 tersohor yang berasal dari Germany telah diberi penghormatan di muzium yang terletak di Maranello, Italy dimana beliau telah memberi kemenangan terunggul Ferrari iaitu 5 kejuaraan berturut-turut dari tahun 2000 hingga 2004.

Para peminat dan juga semua wakil dari Scuderia Ferrari Club dari seluruh Eropah telah hadiri upacara pelancaran pameran ‘Michael 50’ tersebut dimana ia menceritakan kisah kerjaya F1 yang memecah rekod Michael Schumacher yang luar biasa. Secara keseluruhan, Schumacher telah berjaya menjadi juara dunia sebanyak 7 kali dimana ia merangkumi 91 kemenangan dan 155 tempat podium.

Jika anda berkesempatan untuk menghadiri pameran istimewa di Muzium Ferrari ini, sila kunjungi bahagian ‘Hall of Victories’ dimana mempamerkan beberapa kereta lumba Ferrari terpenting sepanjang sejarah Michael Schumacher bersama pasukan Scuderia. Dari model F310 yang pertama dibawa oleh beliau pada tahun 1996 sehingga kelima-lima model Formula 1 F1-2000 hingga F2004 dimana rekod itu masih tidak dapat ditandingi oleh mana-mana pemandu dan pasukan Formula 1 yang lain.

Peminat juga akan diperkenalkan kepada watak atau peranan Schumacher yang kurang dikenali iaitu seorang pemaju. Selepas beliau meninggalkan Formula 1, pemandu Jerman ini kekal di Ferrari bukan sahaja untuk membantu Scuderia malah beliau turut menyumbang kepada pembangunan pelbagai model-model Ferari seperti 430 Scuderia pada tahun 2007 dan Ferrari California pada tahun 2008.

Untuk maklumat lanjut, layari www.musei.ferrari.com/en/maranello.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply