- Model Suzuki GSX-750 merupakan cetakan biru bagi motosikal superbike moden.
- Namun, dengan pemansuhan piawaian Euro4, menghalangnya dan model GSX-R600 daripada dijual di Jepun dan Eropah.
- Buat masa ini, tiada pengganti yang telah diaturkan bagi kedua-dua buah model ini.
Honda CB750 1969 mungkin sekali motosikal superbike yang pertama, tetapi, motosikal superbike yang sejati dari sudut pandangan moden sudah semestinya model Suzuki GSX-R750 1985.
Telah wujud beberapa buah model ikonik sepanjang 33 tahun hayat model berkenaan. Suzuki telah menyertakan model ini dalam kejohanan World Superbike Championship dan juga siri perlumbaan lain di seluruh dunia.
- Model “Slabside” 1985 menjadi asas bagi apa yang akan dikenali sebagai sebuah motosikal moden; kerangka aluminium ‘twin-spar’, enjin empat silinder, badan reraup penuh, dan kemasan grafik replika perlumbaan.
- Tiga tahun kemudian, Suzuki mengemaskini model GSX-R berkenaan. Ianya dilengkapi dengan karburator Mikuni BST36S yang menggunakan slaid yang dioperasikan menggunakan vakum. Slaid-slaid ini mirip lastik (slingshot), dan dengan itu, muncullah nama gelaran GSX-R750 “Slingshot”.
- Pada tahun 1992, motosikal ini mulai dilengkapi dengan sejukan cecair dan didatangkan dengan nama WN (W untuk ‘water’). Pada tahun inilah juga model GSX-R600 diperkenalkan.
- Model GSX-R750 SRAD (Suzuki Ram Air Direct) diperkenalkan pada tahun 1996. Ia dilengkapkan dengan kerangka aluminium yang diambil daripada jentera RGV500 GP. Suzuki mengurangkan beratnya menjadikannya seberat 179kg, yang mana ianya lebih ringan daripada GSX-R600.
- Tahun 2001 menyaksikan kemunculan model K1, model pertama dalam rangkaian K-series.
Walaupun motosikal ini tidak mengecapi begitu banyak kegemilangan dalam perlumbaan seperti jenama lain, ia tetap mempunyai ramai peminat dan pemilik yang menyedari bahawa model 750 ini adalah kompromi terbaik antara model 600cc dan 1000cc.
Kemudiannya, pada tahun 2003, World Superbike Championship mengumumkan bahawa ke semua jentera empat silinder sehingga 1,000cc boleh bertanding dalam kejohanan berkenaan. Model 750 mulai ketinggalan, namun masih ada pelanggan yang memacu jualannya.
Pengeluar-pengeluar lain masih terus menghasilkan model 750 buat beberapa tahun lamanya sebelum mengabaikannya sepenuhnya, namun, Suzuki masih kekal teguh menghasilkannya. Ini mungkin sekali kerana mereka ingin mengekalkan warisan sebagai pengeluar pertama yang merintis revolusi superbike moden.
Tetapi, ianya telah sampai ke penghujungnya. Model GSX-R750 dan GSX-R600 tidak lulus akan piawaian emisi Euro4. Seperti model Hayabusa, ianya sudah tidak boleh dijual di Jepun dan Eropah. Model-model ini bagaimana pun boleh didapati di Amerika Syarikat sehingga hujung tahun 2019.
Namun, tidak seperti Hayabusa, Suzuki tiada rancangan untuk memperkenalkan pengganti bagi model 750 dan 600 ini.
Selamat tinggal Suzuki GSX-R750 dan GSX-R600.