Harga RON 95 & RON 97 TURUN dari 5-11 Januari!

Advertisements

Tuan-tuan dan puan-puan, ini berita baik untuk anda semua! Menurut Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Negeri (KPDNHEP), harga petrol RON 95 dan RON 97 akan turun sebanyak 27 sen mulai tengah malam ini pada harga RM1.93 dan RM2.23 bagi setiap liter.

Para pengguna bahan api jenis diesel juga akan mengalami penjimatan sepanjang minggu ini dari 5 hingga 11 Januari 2019 dimana harga baharu diesel jatuh ke RM2.04 setiap liter (turun 14 sen) dan Diesel Euro 5 turun ke RM2.14 setiap liter (juga turun 14 sen). Senang cerita, semua turun!

Ini merupakan harga jualan rasmi bagi minggu ini dan harga baharu akan diumumkan setiap hujung minggu pada hari Jumaat. Seperti yang telah diumumkan sebelum ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, “Orang ramai akan membayar harga yang kurang jika harga petrol turun tetapi apabila ia meningkat, mereka tidak perlu bimbang kerana kenaikan melebihi RM2.20 akan disubsidi oleh kerajaan.”

Setakat ini, tiada berita lanjut berkenaan sistem apungan harga bahan api mingguan dan bantahan keras dari Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM). Tiada juga sebarang maklumat berkenaan waktu operasi stesen minyak 24 jam yang dikatakan akan dipendekkan kepada 18 jam untuk menampung kerugian para pengedar.

Pendek kata, HARGA MINYAK SUDAH TURUN BOSSKU. SYUKUR, SYUKUR…

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.