Mengapa Beli Skuter Honda PCX Electric Bila Anda Boleh Menyewanya?

  • Honda Japan akan menyewa jual skuter Honda PCX Electric kepada korporasi dan pemilik persendirian di Jepun.
  • Mereka juga menyasarkan untuk menyewa jual skuter berkenaan di seluruh rantau Asia Tenggara.
  • Skuter PCX Electric menggunakan dua bateri yang boleh ditanggalkan.

Skuter Honda PCX Electric akan disediakan untuk sewaan beli di Asia.

Skuter ini menggunakan platform PCX yang popular, yang mana telah terbukti keberkesanannya di kebanyakan negara di seluruh rantau Asia. Skuter ini cukup terkenal kerana penggayaannya, keselesaan, reliabiliti, dan penjimatan bahanapi.

Model PCX Electric pula, menggunakan motor 4.2kW. Motor ini dijana oleh dua buah bateri litium-ion kepadatan berkuasa tinggi yang digelar “Mobile Power Packs”. Bateri-bateri ini boleh ditanggalkan untuk pengecasan luar kenderaan. Pemiliknya juga boleh mengecas baterinya itu dalam skuter tersebut. Honda mengatakan bahawa tempoh pengecasan mengambil masa 4 jam menggunakan pengecas pilihan (bateri di luar skuter), dan 6 jam dengan baterinya berada dalam skuter PCX. Cas penuh akan memberikannya jarak sehingga 41km.

Honda menyasarkan korporasi dan pemilik persendirian untuk projek sewa jual ini. Selain itu, mereka juga sedang merancang untuk menyewa jual skuter PCX Electric ini ke negara-negara lain di rantau Asia Tenggara.

Pengeluar berkenaan juga akan memulakan projek bagi mendapatkan maklum balas dari para pengguna mengenai pengalaman mereka dalam menggunakan skuter elektrik. Selain itu, sebuah perkhidmatan perkongsian motosikal di daerah Tokyo, di samping eksperimen perkhidmatan penyewaan motosikal di destinasi tarikan pelancong akan bermula seawal musim bunga tahun 2019.

Sewa beli bermakna seseorang itu akan membayar sewaan bulanan bagi tempoh masa yang ditetapkan, dan pengeluar akan memberikan sebuah motosikal baharu sebaik sahaja dimulakan sebuah kontrak baharu.

Sewa beli kenderaan telah dipraktikkan di kebanyakan negara maju namun masih belum bertapak dengan teguh di Malaysia.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]